PUTRAJAYA:Semua kenderaan komersial bagi mengangkut barangan serta yang berkaitan dengan perniagaan seperti bas pekerja dibenarkan beroperasi dan melakukan perjalanan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Selangor serta daerah Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan akan memastikan bahawa aktiviti ekonomi tidak akan disekat bagi melindungi kehidupan dan pekerjaan pada waktu yang mencabar ini susulan pelaksanaan PKPB selama 14 hari di kawasan terbabit bermula esok bagi membendung penularan kes COVID-19.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Wee berkata langkah itu selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan semua aktiviti ekonomi di Klang beroperasi seperti biasa dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan MKN.
"Adalah sesuatu yang tidak elok untuk negara jika ekonomi terus terjejas semasa kita bergelut bagi memulihkan ekonomi. Klang sendiri mempunyai pangkalan industri yang besar dan merupakan pelabuhan kontena terbesar di Malaysia," katanya sambil menambah bahawa jumlah aktiviti perdagangan Pelabuhan Klang pada 2019 ialah lebih RM400 bilion, yang menyumbang sebanyak 22 peratus daripada jumlah keseluruhan aktiviti perdagangan Malaysia.
Wee berkata keputusan itu mengambil kira maklum balas perbincangan antara Kerajaan Negeri Selangor, agensi-agensinya yang berkaitan dan MKN dalam mesyuarat secara dalam talian hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Meskipun kerajaan menyokong keupayaan sektor komersial dan perniagaan untuk melakukan urus niaga, ia tidak akan bertolak ansur dengan ketidakpatuhan terhadap SOP sedia ada bagi memerangi pandemik berbahaya itu.
"Syarikat-Syarikat juga harus secara aktif memastikan bahawa persekitaran dan pekerja mereka selamat daripada terdedah kepada COVID-19 pada setiap masa, termasuk melabur dalam pelbagai peralatan tapisan kesihatan seperti pengimbas suhu badan, pensanitasi dan pakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE)," katanya.
Beliau berkata kerajaan akan terus membenarkan perniagaan beroperasi secara bertanggungjawab selaras dengan SOP yang ditetapkan manakala penguatkuasaan di lapangan akan memantau dan mengendalikan pemeriksaan serta lawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020
Kerajaan memastikan aktiviti ekonomi tidak akan disekat bagi melindungi kehidupan dan pekerjaan pada waktu yang mencabar ini susulan pelaksanaan PKPB selama 14 hari di kawasan terbabit bermula esok bagi membendung penularan kes COVID-19. - Bernama
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
MOT, Kesuma taja 50,000 pekerja sendiri melalui SKSPS
Tajaan penuh itu melibatkan 35,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.
Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.
Pembinaan lima stesen LRT3 dijangka dilaksana mula 2027 - Loke
Pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini dijangka bermula pada 2027.
Gaji tidak setimpal punca pemandu bas berkurangan - Anthony
Kadar bayaran gaji yang tidak setimpal menjadi punca berlakunya kekurangan pemandu bas di negara ini.
Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
Kerajaan lulus peruntukan RM40 juta, akhiri polemik pendanaan TAR UMT
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).
LRT masih belum stabil, dijangka ada lagi perkhidmatan tergendala - Anthony Loke
Anthony Loke mohon maaf kepada penumpang.
Gangguan LRT: Wee Ka Siong tidak tolak kemungkinan sabotaj
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).
Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Lapangan Terbang Sandakan bakal jadi pemangkin pembangunan - Wee
Lapangan Terbang Sandakan, yang telah siap dinaik taraf pada akhir tahun lepas, bakal menjadi pemangkin bagi menggerakkan pembangunan di daerah itu khususnya dalam sektor ekopelancongan.