LABUAN:Perhimpunan orang ramai termasuk seminar, bengkel, kursus latihan, persidangan, taklimat dan pameran di Labuan, adalah dilarang dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga, dengan sebanyak 92 kes positif direkodkan, setakat ini.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan Nurzaliza Kartika Abdullah berkata larangan itu juga termasuk membabitkan aktiviti yang berkaitan dengan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).
Bagaimanapun, beliau berkata program latihan dalaman yang sedang berlangsung masih boleh diteruskan namun hanya dibenar diadakan di perkarangan pusat latihan.
"Pertemuan secara bersemuka tidak digalakkan dan lebih baik diadakan menerusi persidangan video. Majlis perhimpunan rasmi dan tidak rasmi oleh sektor kerajaan atau swasta juga dilarang.
"Perhimpunan sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis akikah, majlis bacaan tahlil, ulang tahun, perayaan ulang tahun dan perjumpaan juga dilarang," katanya kepada pemberita ketika memberi taklimat mengenai prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang berkuat kuasa dari 17 sehingga 30 Okt ini.
Selain itu katanya, aktiviti pelancongan ke kawasan dan dari kawasan yang dikenakan PKPB juga dilarang.
"Aktiviti dalaman, berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti yang melibatkan sentuhan fizikal, permainan sukan berkumpulan, kejohanan dan permainan sukan dengan penonton tidak dibenarkan semasa PKPB," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020
MKN melarang perhimpunan orang ramai termasuk seminar, bengkel, kursus latihan, persidangan, taklimat dan pameran di Labuan.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Perkasa PMKS melalui sistem kawalan dalaman
Kupasan bersama Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM, Profesor Madya Dr Mazlina Mustapha.
Persidangan Nikkei 2024: Kepimpinan Asia dalam ketidaktentuan dunia
Amir Fareed Rahim, Pengarah Strategi KRA Group berkongsi antara jangkaan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).
BNPL: Strategi mengurus perbelanjaan tanpa bebanan tambahan
Kebanyakan pengguna BNPL adalah golongan muda dan berpendapatan rendah dengan anggaran 44% pengguna berusia 18 hingga 30 tahun, menurut BNM, bagaimana kumpulan ini dapat mengurus perbelanjaan mereka menggunakan BNPL tanpa menambah tekanan risiko kewangan yang lain?
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Dua maut, seorang cedera, kereta terbabas dalam parit
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara terbabas ke dalam parit dan melibatkan tiga orang mangsa.
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
Kebenaran operasi sekolah komuniti di Sabah perlu perbincangan lanjut - KPM
Kebenaran pengoperasian sekolah komuniti, Iskul Sama Dilaut Omadal di Sabah, memerlukan perbincangan lanjut merentasi kementerian dan agensi berkaitan.
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
45 daerah seluruh negara belum ada premis APM sendiri - Armizan
Kebanyakan APM daerah di Sabah dan Sarawak terpaksa menumpang di premis lain dan ada yang terpaksa beroperasi dari rumah kakitangan APM.
RUU Keselamatan Siber bakal digubal - Anwar
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.
"Doakan yang baik-baik, hubungan kami makin rapat" - Zulin Aziz
Pelakon, Zulin Aziz enggan memanjangkan masalah isu rumah tangganya yang berlaku baru-baru ini.
Malaysia, Indonesia tekad wujudkan perairan mesra nelayan
Malaysia dan Indonesia komited untuk mewujudkan perairan yang ideal dan mesra untuk nelayan serta komuniti di pantai kedua-dua negara.
MPN cadang sistem bersepadu perkukuh jaringan keselamatan sosial
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan agar kerajaan untuk membangunkan sebuah sistem yang komprehensif dalam memudahcara proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat.
Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi
Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam.
Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.
Indeks Keselamatan Kebangsaan diperkenalkan hujung tahun ini
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata pihaknya menyasarkan untuk memperkenalkan indeks tersebut pada penghujung tahun ini.