awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Semua taman awam dibuka di Wilayah Persekutuan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
18/10/2020
04:19 MYT
PKPB: Semua taman awam dibuka di Wilayah Persekutuan
Perkara itu bagaimanapun perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapakan. - Bernama
KUALA LUMPUR:Semua taman-taman awam di sekitar Wilayah Persekutuan akan dibuka semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, perkara itu bagaimanapun perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"SOP PKPB telah membenarkan aktiviti bersukan tertentu seperti di padang golf, gimnasium tetapi taman awam ditutup.
"Pihak kami selepas mengadakan konsultasi dengan MKN KKM memutuskan taman awam di Wilayah Persekutuan boleh dibuka dengan syarat kawalan pematuhan SOP," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini pada Ahad.
SOP PKPB membenarkan aktiviti bersukan tertentu.Padang Golf di buka.Gym dibuka.Tapi public park di tutup.JKKN WP selepas konsultasi dgn MKN KKM memutuskan TAMAN AWAM DI WP boleh di buka dgn syarat ada kawalan pematuhan SOP. Memberi peluang utk aktiviti riadhah yg dibenar shj.
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 18, 2020
Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha itu bagi memberi peluang kepada warga kota melakukan aktiviti riadah.
Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti seperti gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dalam kawasan PKPB akan dibenarkan beroperasi semula, mulai esok (Isnin, 19 Oktober).
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Majlis Keselamatan Negara
#perintah kawalan pergerakan
#Tan Sri Annuar Musa
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#PKPB
#bola sepak
#operasi
#taman awam
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan