JOHOR BAHRU: Proses kawalan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini akan diambil alih sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula hari ini hingga 3 Jun susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus itu.
Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
"Pelaksanaan PKPD merupakan tindakan terbaik bagi mengekang penularan wabak daripada terus merebak, sekali gus memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan sanitasi dan pengesanan kontak terhadap kes-kes yang dilaporkan di kampus.
"Sungguhpun begitu, pengurusan universiti masih merupakan pemegang amanah utama terhadap kebajikan dan kesejahteraan seluruh warga kampus. Segala keperluan dan kebajikan warga kampus akan dipastikan terjaga dan terjamin," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya semalam.
Ahmad Fauzi berkata universiti itu akan menggerakkan bantuan secara berterusan kepada warga kampus yang terkesan.
Sehubungan itu beliau menasihati seluruh warga universiti terbabit agar kekal tenang, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan MKN dan KKM serta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan penularan COVID-19.
UTM dalam satu kenyataan pula memaklumkan semua operasi fizikal di kampus UTM Johor Bahru tidak dibenarkan, dan kakitangan universiti itu diminta Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh PKPD kecuali kakitangan Pusat Kesihatan Universiti.
"Pintu pagar utama hanya akan dibuka hingga 5.00 petang ini untuk sebarang urusan penutupan pejabat. Hanya pintu pagar utama universiti iaitu Pintu 1 akan digunakan sepanjang PKPD manakala perkhidmatan penghantaran makanan, kafeteria dan kedai di dalam kampus hanya dibenarkan hingga 10 malam ini sahaja.
"Kesemua pelajar tidak dibenarkan keluar dari kampus berkuat kuasa serta merta dan kakitangan yang bertugas dalam perkhidmatan perlu, mesti tinggal di dalam kampus selama tempoh PKPD. Kafeteria dan kedai di dalam kampus akan ditutup sepanjang PKPD," menurut kenyataan itu.
UTM turut memaklumkan kawalan pergerakan terdahulu bagi Kolej Datin Seri Endon (KDSE), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) dan Kolej Tun Hussien Onn (KTHO) dilanjutkan hingga semalam; namun bermula hari ini hingga 3 Jun, keseluruhan kampus UTM Johor Bahru adalah tertakluk kepada arahan PKPD di bawah MKN.
Pada Rabu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata PKPD akan dilaksanakan di kampus berkenaan mulai hari ini hingga 3 Jun berikutan 49 kes positif COVID-19 direkodkan setakat ini hasil daripada 346 ujian saringan yang dijalankan ke atas penghuni KDSE, KTHO, KTDI, Kolej 9 dan 10 serta Pusat Kesihatan kampus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Seorang anggota unit bahagian Keselamatan UTM menutup pagar selepas melakukan kerja pemasangan pagar kawat berduri di gate 2 di UTM Skudai, Johor Bahru, 20 Mei, 2021. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.