Pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha yang dijangka disambut 31 Julai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah dibenarkan di negeri ini.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata, bagaimanapun ibadah korban itu hanya dibenarkan diadakan di lokasi yang ditetapkan.
Antaranya Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta dilesenkan DVS, serta masjid, surau, kawasan awam dan persendirian yang diluluskan DVS.
Katanya tiada ibadah korban dibenarkan dilakukan di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Zon Merah.
"Ibadah korban itu hendaklah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk petugas adalah warganegara yang sihat dan tidak bergejala, dengan setiap seekor lembu dan kerbau dilakukan 10 orang manakala setiap seekor kambing dilakukan oleh empat orang.
"Proses lapah dan keratan pembahagian daging korban hendaklah dibuat di tempat lapang, tidak menyebabkan kesesakan dan penganjur hendaklah memastikan bilangan korban bersesuaian dengan keupayaan petugas yang dilantik," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bukit Palah di sini pada Rabu.
Halim berkata pengagihan daging korban kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin perlu melalui penghantaran secara langsung dari rumah ke rumah dan tiada pengambilan agihan di tempat sembelihan.
Sementara itu, 54 premis di negeri ini diberikan surat kebenaran sementara bagi melaksanakan ibadah solat Jumaat meliputi surau-surau di kampung dan taman, sekolah, institusi pengajian tinggi dan kuarters kerajaan selepas 200 masjid dan surau telah diberikan kebenaran untuk solat Jumaat pada permulaan PKPP.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Tiada ibadah korban dibenarkan dilakukan di kawasan yang diisytiharkan PKPD atau Zon Merah. -Gambar fail
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.