KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) Thomas Mathew dalam kenyataan berkata LiKES yang dilancarkan semalam membolehkan syarikat terlibat melatih bakat tempatan menerusi latihan industri dengan mengoptimumkan insentif disediakan kerajaan bagi meringankan beban mereka.
"Aspek utama pengukuhan penyaluran permintaan dan bekalan tenaga kerja terletak pada pelaksanaan latihan industri yang berstruktur. Latihan industri yang berstruktur berperanan sebagai salah satu strategi utama untuk membangunkan bakat yang berkualiti.
"Ia juga berperanan mengurangkan pengangguran belia, menangani ketidakpadanan kemahiran dan guna tenaga tak penuh, serta meningkatkan kemahiran bakat untuk memenuhi keperluan industri semasa dan masa depan," katanya.
Semalam, Menteri Sumber Manusia Steven Sim melancarkan LiKES yang merupakan inisiatif baharu di bawah TalentCorp, melibatkan keseluruhan geran padanan RM30 juta oleh kerajaan yang akan memanfaatkan 30,000 pelatih amali.
Geran padanan LiKES merangkumi tempoh latihan sehingga enam bulan dengan pemohon berkelayakan perlu menawarkan penempatan latihan sekurang-kurangnya 10 minggu dan menyediakan elaun minimum latihan industri.
Thomas berkata peningkatan pelajar di institut pengajian tinggi menyebabkan mereka yang perlu menjalani latihan industri melebihi 277,000 orang setiap tahun justeru terdapat keperluan untuk menyemak semula latihan itu termasuk kesediaan syarikat dalam menawarkan penempatan kepada pelajar.
Beliau berkata bengkel berkaitan hala tuju latihan industri negara anjuran TalentCorp pada Julai tahun lepas mendapati tidak semua syarikat dapat menyediakan latihan industri berstruktur dengan elaun atas pelbagai sebab.
Sehubungan itu, LiKES katanya ialah langkah intervensi proaktif untuk membangunkan dan mempersiap bakat muda sama ada pelajar universiti atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi keperluan industri ke arah merangsang ekonomi PKS, pasaran kerja dan saluran bakat.
"LiKES juga bertujuan untuk meringankan kos sara hidup pelatih industri terutamanya kepada mereka di bandar besar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, iaitu lokasi kebanyakan penempatan latihan industri ditawarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
LiKES yang dilancarkan semalam membolehkan syarikat terlibat melatih bakat tempatan menerusi latihan industri dengan mengoptimumkan insentif disediakan kerajaan bagi meringankan beban mereka. - Foto Astro AWANI
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
KESUMA beri khidmat rundingan kepada syarikat mahu laksana aturan kerja anjal
KESUMA menerusi TalentCorp sedia memberikan khidmat rundingan kepada majikan dan syarikat yang berminat melaksanakan aturan kerja anjal.
PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp
PKS dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
TalentCorp bakal hasilkan laporan impak AI, pendigitalan terhadap tenaga kerja
TalentCorp akan menghasilkan laporan mengenai impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau ke atas tenaga dan landskap kerja Malaysia.
Hijrah bakat: Isu gaji kekal jadi cabaran utama - TalentCorp
Setakat ini, kira-kira 60 peratus daripada diaspora Malaysia di luar negara, iaitu seramai 1.13 juta orang, berada di Singapura.
TalentCorp-NSDC India meterai MoU perkukuh kerangka kemahiran dipacu industri
TalentCorp dan NSDC akan bertukar maklumat dan amalan terbaik untuk rangka kerja kemahiran dipacu industri.
Intelektual wanita dominasi diaspora Malaysia, apa puncanya?
1.86 juta wanita Malaysia menetap di luar negara, mewakili 12 peratus daripada populasi wanita di Malaysia.
Perkasa wanita untuk segera capai negara maju
Penglibatan kaum wanita membantu pembangunan negara terutamanya segmen ekonomi.
TalentCorp, MARA Corp jalin kerjasama bangun modal insan kompetitif
MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Separuh pekerjaan di negara ini tidak perlu tenaga manusia. Apa penyelesaiannya?
Organisasi perlu lengkapkan golongan pekerja dengan gaya pemikiran dan kemahiran tertentu bagi membolehkan mereka beradaptasi dengan perubahan zaman.
Dr Ting bukan pemohon di bawah program kepulangan pakar - TalentCorp
Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) berkata bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choo bukan seorang pemohon di bawah Program Kepulangan Pakar (REP).