awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar harap pembangunan Kampung Chengal Lempong bawa manfaat kepada masyarakat

Bernama
Bernama
03/11/2024
23:00 MYT
PM Anwar harap pembangunan Kampung Chengal Lempong bawa manfaat kepada masyarakat
Ahmad Farhan (tiga dari kanan) mewakili Perdana Menteri Anwar menyampaikan peruntukan kepada wakil Kampung Chengal Lempong, Kuantan pada Ahad. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap segala perancangan pembangunan bagi Kampung Chengal Lempong di Kuantan, Pahang melalui peruntukan yang diluluskan akan membawa perubahan positif dan manfaat berterusan kepada masyarakat setempat.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi sempat mewakili beliau bagi menyantuni masyarakat kampung berkenaan di Balairaya Chengal Lempong, pada Ahad.
"Kesempatan ini digunakan dengan turut melihat sekitar kawasan kampung yang bakal menikmati pembangunan hasil peruntukan sebanyak RM2.5 juta, yang saya telah luluskan antaranya bagi memperkasa komuniti setempat, dengan memberi fokus kepada infrastruktur, pendidikan dan kebajikan penduduk," katanya.
Anwar berkata, antara yang bakal dibangunkan dan sedang dibina adalah gelanggang futsal bertutup dan bangunan serba guna Chengal Lempong.
Pada 6 Julai, Kampung Chengal Lempong dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan 2024. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Chengal Lempong
#pembangunan
#Kampung Angkat MADANI
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan