PHNOM PENH: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada rakyat Malaysia di Kemboja bahawa Malaysia akan membuka sempadannya tidak lama lagi yang akan memudahkan proses perjalanan terutama bagi mereka yang menetap di luar negara.
Ismail Sabri berkata varian Omicron telah menyebabkan rancangan negara untuk beralih ke peringkat endemik tertangguh, akhirnya turut melambatkan proses pembukaan sempadan.
"Kita hampir mengumumkan bahawa Malaysia telah memasuki peringkat endemik tetapi pada Disember 2021 varian Omicron, yang merebak pantas telah dikesan. Omicron ini tidak seteruk Delta. Ia cepat merebak tetapi tidak begitu berbahaya seperti Delta," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Keluarga Malaysia di Kemboja, malam tadi.
Ismail Sabri berkata rakyat Malaysia perlu belajar untuk hidup dengan COVID-19.
"Kita perlu menerimanya (COVID-19) sebagai penyakit lain seperti denggi," katanya.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah kira-kira 27,000 setiap hari, namun majoriti kes adalah kategori 1 dan 2 berikutan kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini.
"Saya tahu ramai antara anda tidak sabar untuk pulang ke rumah. Saya difahamkan ada antara anda yang sudah hampir dua tahun tidak pulang ke rumah. Jadi dalam waktu yang terdekat, kita akan mula buka sempadan kita untuk seluruh dunia dan tuan-tuan boleh balik ke Malaysia," katanya.
Terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia menetap di Kemboja dan 2,000 daripadanya berada di ibu kota Phnom Penh.
Ismail Sabri berkata pembukaan sempadan negara adalah penting kerana ramai yang terkesan dengan penutupan sejak dilanda pandemik COVID-19 terutama yang melibatkan sektor pelancongan.
"Oleh itu, kita akan membukanya kembali. Sekatan pergerakan rakyat memberikan impak yang besar buat setiap individu," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata awal suku kedua tahun ini merupakan garis masa realistik untuk pembukaan semula sempadan negara.
Turut hadir pada makan malam tersebut adalah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif, Duta Malaysia ke Kemboja Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri di Kemboja Datuk Othsman Hassan.
Othsman juga merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Ismail Sabri beramah mesra dengan Keluarga Malaysia yang berada di Kemboja pada majlis makan malam di Phnom Penh, Kemboja malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki menyeberang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, semalam.
Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.
Dua rakyat Malaysia cedera terlibat kemalangan di Singapura, seorang di ICU
Dua rakyat Malaysia sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Ekspreswe Seletar (SLE), Isnin malam.
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia meningkat, hampiri tahap negara maju
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak 2016 dan menghampiri tahap negara maju.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
Gunung Berapi Lewotobi Indonesia: 127 rakyat Malaysia telah tinggalkan Labuan Bajo
127 orang meninggalkan Labuan Bajo melalui pengangkutan laut atau udara selepas operasi penerbangan domestik di sambung semula pada Rabu.
Amaran taufan: Rakyat Malaysia di Filipina dinasihatkan berwaspada
Malaysia sedang memantau rapi kesan Taufan Usagi atau dikenali Ofel yang telah melemah dengan ketara pada Jumaat selepas menyebabkan kerosakan di bandar utara Filipina.