awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Mahathir tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari

Bernama
Bernama
29/05/2019
13:14 MYT
PM Mahathir tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari
Dr Mahathir disambut oleh Marzuki (kiri) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, malam ini. -- fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda hari ini untuk lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-25 Mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendarat pada kira-kira pukul 9.30 malam waktu tempatan Rabu. Malaysia adalah satu jam di belakang Jepun.
Jadual acara Dr Mahathir di Jepun merangkumi senarai yang padat, mesyuarat dan temubual media, bermula dengan menyampaikan ucaptama pada persidangan pembukaan Nikkei esok.
BACA: Mahathir tiba di Jepun untuk lawatan kerja ketiga
Turut mengalu-alukan ketibaan beliau di lapangan terbang itu ialah Naib Menteri Parlimen Jepun, Kenji Yamada; Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa dan isteri Yuko Miyagawa; dan Pengarah Kedua bagi Asia Tenggara, Kementerian Luar Negeri Jepun, Shingo Miyamoto.
Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan dan isteri, Datin Josephine Anak Dagang turut hadir.
1/2: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Ali tiba di Hotel Imperial, Tokyo bagi lawatan kerja selama tiga hari. Beliau dijadual beri ucap tama di #NikkeiConference, 8.30 am (waktu Malaysia esok).@501Awani pic.twitter.com/ols9h79CDU
— Initial: FA (@FirdausAzil) May 29, 2019
Pada Persidangan Nikkei, ucapan Dr Mahathir akan berkisar pada tema "Seeking a New Global Order - Overcoming the Chaos".
Satu lagi acara kunjungan Dr Mahathir ialah pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Shinzo Abe, serta beberapa perbincangan dengan pemimpin perniagaan Jepun dan kelab wartawan asing.
BACA: Tun M pemimpin pertama berucap di Persidangan Nikkei ke-25
Beliau juga dijadual menyampaikan ucapan mengenai situasi semasa Malaysia dan jangkaan pelaburan dari Jepun semasa Dialog Perniagaan Malaysia-Jepun, anjuran bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro).
Dr Mahathir dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotel
#Jepun
#lawatan kerja
#Mahathir Mohamad
#Persidangan Nikkei
#pesawat
#Shinzo Abe
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan