awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM tidak sebut langsung negara hampir bankrap - Majlis Gurdwara Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2021
04:38 MYT
PM tidak sebut langsung negara hampir bankrap - Majlis Gurdwara Malaysia
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) berbincang dengan Presiden Majlis Gurdwara Malaysia Sardar Jagir Singh ketika majlis minum petang sempena perayaan Vaisakhi di Gurdwara Sahib, Petaling Jaya, 12 April lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Gurdwara Malaysia menafikan laporan tular di media media sosial kononnya Malaysia akan mengalami bankrap, sebagai memetik ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presidennya, Jagir Singh berkata tidak ada sebarang perkataan bankrap disebut oleh Muhyiddin dalam Majlis Minum Petang Vaisakhi di Gurdwara Sahib, Petaling Jaya pada 12 April lalu.
"Sekiranya kenyataan itu diambil menerusi konteks yang tepat, apa yang dikatakan Perdana Menteri adalah disebabkan oleh COVID-19 dan kesan ekonomi, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM600 bilion dan perbelanjaan besar ini telah menyebabkan baki wang kerajaan tidak lagi banyak.
"Ini sangat berbeza dengan apa yang dikatakan sebagai 'negara hampir bankrap'," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau turut melampirkan transkrip asal apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin dalam majlis tersebut:
"Saudara tahu kita sudah belanja banyak wang tahun ini, tahun lalu. Apa sebab? It is all about COVID and economy. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322.5 bilion untuk Belanjawan Negara.
"Saya fikir banyak orang Sikh faham. Akauntan pun ada sini. It is more than RM600 billion for this year alone. There is big sum of money. What i am trying to say here is, we don't have much money left," kata Muhyyiddin pada majlis itu seperti dinyatakan Jagir dalam kenyataannya.
Justeru, pihaknya berharap menerusi kenyataannya itu, ia akan menjelaskan kekeliruan yang berlaku berhubung kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#media sosial
#Perdana Menteri
#ekonomi malaysia
#negara bankrap
#nafi negara bankrap
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan