Polis menemui beberapa petunjuk dikaitkan dengan dua wanita yang disyaki menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata berikutan itu pihaknya yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
"Buat masa ini kita tidak boleh cakap yang kita sudah kenal pasti suspek kerana kita masih siasat.
"Kita ada beberapa sasaran dan masih buat susulan tetapi kita ada juga petunjuk berhubung perkara itu. Polis akan teruskan siasatan (berdasarkan petunjuk berkenaan)," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Bertindak bersama agensi dan jabatan kerajaan bagi projek inisiatif bersepadu menangani masalah penyalahgunaan dadah di Selangor.
Dalam kejadian Isnin lalu, perbuatan vandalisme ke atas mural gergasi potret beberapa pemimpin negara tersebut disedari seorang pekerja restoran di kawasan itu yang kebetulan melalui lokasi tersebut kira-kira jam 8 pagi.
Mural gergasi memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020

Polis menemui beberapa petunjuk dikaitkan dengan dua wanita yang disyaki menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini, Isnin lalu. -Gambar fail

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

1,059 terlibat aktiviti pelacuran di Selangor ditahan
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, statistik tangkapan setakat November itu dilaksanakan hasil kejayaan 279 serbuan.

Tanah runtuh Batang Kali: Siasatan hampir 90 peratus - Ketua Polis Selangor
Siasatan polis mengenai tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di Batang Kali, kini hampir 90 peratus lengkap.

Tanah runtuh Batang Kali: Jumlah sebenar mangsa kejadian 92 orang, bukan 94 - Polis
Jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat lalu adalah 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.

Tanah runtuh Batang Kali: Polis rakam keterangan 53 individu
Selain pengusaha dan dua pekerja tapak perkhemahan itu, pihaknya turut mengambil keterangan daripada mangsa yang terselamat dan keluarga mereka.

Polis Selangor terima 393 laporan berkaitan PRU15 sejak 5 Nov hingga semalam
Berdasarkan jumlah itu, Polis Selangor telah membuka 82 kertas siasatan dan menahan tujuh individu.

Polis Selangor tumpas dua sindiket proses dan edar dadah
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah susulan penahanan lima lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM20.56 juta.

Polis Selangor nafi dakwaan layanan istimewa tahanan terutama libatkan pegawainya
Polis Selangor menegaskan, tidak ada arahan atau kebenaran untuk memberikan layanan istimewa pada mana-mana tahanan seperti yang didakwa.

Seludup diesel subsidi, polis tahan 11 individu
Seramai 11 individu ditahan selepas disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi menerusi Op Kontraban.

Kehilangan Zalina: Polis belum temui petunjuk baharu - Arjunaidi
Polis masih belum menemui sebarang petunjuk baharu berhubung kehilangan personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58 yang hilang sejak November tahun lepas, kata Ketua Polis Selangor.

Wan Azlan Ketua Polis Daerah Subang Jaya baharu
ACP Wan Azlan Wan Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Subang Jaya baharu menggantikan SAC Abd Khalid Othman yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan.