SIBU: Polis Sarawak berjaya membongkar kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dari Semenanjung Malaysia yang mengupah kumpulan tempatan di sini yang menggunakan kekerasan untuk memungut hutang di bandar ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli yang menagih hutang dengan cara mengugut peminjam yang gagal membayar hutang mereka.
Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata tiga daripada suspek yang berusia di antara 20 dan 40 tahun ditangkap pada 22 Sept di Jalan Lada di sini, sementara suspek keempat berusia 31 tahun diberkas pada 24 Sept di jalan yang sama.
Hasil tangkapan itu, polis turut menjumpai dan merampas dua botol berisi cat warna merah, satu rantai pengunci, dua keping kertas tertulis nota ugutan dan tiga unit telefon bimbit.
"Hasil siasatan mendapati kesemua suspek mengaku bekerja sebagai pemungut hutang tanpa lesen dengan upah RM300 bagi setiap satu tugas dengan menghantar nota ugutan dan menyimbah cat ke alamat peminjam yang gagal menjelaskan hutang pemberi pinjaman yang mengupah suspek-suspek ini," katanya.
Mohd Azman berkata dengan tertangkapnya keempat-empat suspek ini, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes ugutan jenayah dan khianat di sekitar daerah ini.
"Dua kes melibatkan jenayah komersial disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dan tujuh kes melibatkan ugutan jenayah dan khianat disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.
Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang
Modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli.
Pinjam daripada yang berlesen, namun sengsara seolah berhutang along
Syarat ketat yang dikenakan KPKT ke atas syarikat PPW bersandarkan Akta 400 ternyata bukan penghalang bagi mereka menangguk di air keruh.
Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis tahan lelaki dalam pesawat dipercayai terlibat kegiatan along
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan along dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu lepas.
Cermin kenderaan dipecah along, lima jiran rugi RM5,000
Menurut polis, selain insiden itu, mangsa turut menerima nota ugutan yang tertulis wang yang dihutang perlu dibayar.
Tiga lelaki 'upahan along' tarik kereta diberkas polis
Ketiga-tiga suspek ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar bagi membantu siasatan.