JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah berikutan penahanan seramai 16 individu sepanjang minggu ini selain merampas pelbagai dadah bernilai RM3.16 juta.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kes pertama membabitkan penahanan 10 ahli sindiket pengedaran dadah 'Ah Chuan' termasuk ketua mereka yang aktif sejak setahun lalu.
Penahanan suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 51 tahun itu dilakukan menerusi enam serbuan di daerah ini bermula 20 April sehingga semalam.
Ia susulan hasil soal siasat terhadap seorang individu yang ditahan yang kemudian membawa kepada pembongkaran sebuah stor pemprosesan serbuk ekstasi bersama sejumlah dadah dan peralatan memproses.
"Rampasan dadah pertama melibatkan sebanyak 49.3 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 2.1kg syabu, 450.5 gram (g) heroin, 3.8g ganja, 110g magic mushroom, 12.11g ketamin, 10 biji pil erimin 5 dan lima biji pil ekstasi.
"Kami dapati modus operandi sindiket ini adalah dengan menyewa kondominium berpagar dan berpengawal untuk dijadikan stor proses dadah," katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, pada Sabtu.
Ayob Khan berkata polis turut menyita lima kenderaan dan dua akaun bank berjumlah RM1,583 selain wang tunai sebanyak RM2,175 dalam serbuan sama.
Bagi kes kedua, beliau memberitahu enam individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan, empat wanita dan seorang lelaki warga China berusia 36 hingga 46 tahun ditahan menerusi empat serbuan di daerah ini dalam tempoh sama.
Katanya, bersama penahanan, polis merampas sebanyak 2.11kg syabu, 204g magic mushroom, 42g serbuk ekstasi, 6.8g ketamin, 95 biji pil erimin 5 dan 1,980 pil ekstasi dengan nilai keseluruhan RM126,457.
Selain itu, sebanyak tiga kenderaan dan wang tunai RM19,448 turut disita.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan ejen pengangkutan lori untuk menghantar dadah ke negara jiran dengan dadah dibungkus dan disembunyikan dalam kerusi kayu untuk mengaburi mata pihak berkuasa," kata Ayob Khan.
Kesemua individu yang ditahan kini direman selama tujuh hari sehingga 28 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan antara dadah yang dirampas di sebuah stor penyimpanan di bandaraya ini dengan melibatkan nilai rampasan dadah berjumlah RM3.16 juta. - BERNAMA
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari
Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.
Seludup diesel bersubsidi, sembilan individu ditahan bersama rampasan bernilai RM281,494
Kesemua suspek terdiri lapan lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing, berumur 20 hingga 41 tahun.
Polis serbu sarang penagihan dadah, 43 individu ditahan
Kesemua penagih itu dipercayai menjadikan beberapa lokasi sekitar Felda berkenaan sebagai tempat untuk melepaskan gian.
Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri
Polis Johor perkemas corak tugasan pegawai dan anggotanya bagi memastikan sambutan Aidilfitri di negeri ini berjalan dengan lancar.
Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong
Op Bersepadu JOL dijalankan sebagai langkah dan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri itu.
Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
Lelaki itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.
Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.
3,015 kompaun ingkar SOP COVID-19 dikeluarkan di Johor - Ayob Khan
Sebanyak 3,015 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa di Johor atas kesalahan ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan
Soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis terbabit masih dijalankan.