Polis Kelantan berjaya merampas sejumlah dadah seberat 2.7 tan yang dianggarkan bernilai hampir RM60 juta dalam dua serbuan berasingan, menjadikan ia rampasan terbesar di negeri ini, pada tahun ini.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Tanjung Chat, di sini, pada jam 10 malam, 1 September lalu, pasukannya menemui sejumlah dadah bernilai RM42.2 juta serta sepucuk pistol.
"Semasa pemeriksaan di rumah itu, polis menjumpai ganja seberat 1,293 kilogram (kg), syabu 972.4 kg, pil yaba 11,800 biji serta sepucuk pistol dengan lapan biji peluru.
"Susulan penemuan itu, polis telah berjaya mengesan dan menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 25 tahun di sebuah rumah di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu pada jam 1.20 pagi hari yang sama.
"Siasatan lanjut mendapati lima suspek lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan narkotik dan direman selama seminggu sehingga 8 Septembe," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis juga menyita dua akaun bank yang bernilai RM204,558 selain masing-masing sebuah Toyota Vellfire, Perodua Myvi dan motosikal Yamaha 125z.
Katanya susulan itu, polis kini memburu seorang suspek berusia awal 30-an yang disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah tersebut.
Katanya, dadah yang dirampas itu dipercayai dibawa dari negara jiran dan untuk dijual di pasaran tempatan.
Sementara itu, katanya dalam serbuan berasingan pada jam 7 pagi Khamis lalu, sebanyak 441 kg syabu ditemui di sebuah pangkalan haram di tepi Sungai Golok di Pasir Mas dekat sini, yang dianggarkan bernilai RM17.6 juta.
Katanya, bagaimanapun dalam rampasan yang dilakukan Batalion 8 Pasukan Gerakan AM (PGA) yang sedang membuat rondaan itu, tiada tangkapan dibuat kerana tiada suspek berada di lokasi berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Mon Sep 07 2020

Shafien berkata polis juga menyita dua akaun bank yang bernilai RM204,558 selain masing-masing sebuah Toyota Vellfire, Perodua Myvi dan motosikal Yamaha 125z.
![[TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan [TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900538/25447324901618821456635_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Ikuti secara langsung Majlis Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. #AWANIterkini #HapusCOVID19

Padah bakar rumah sendiri, buruh kritikal, rakan maut
Seorang pekerja ladang warga Indonesia dipercayai telah menyimbah petrol di ruang tamu rumah berkenaan sebelum menyalakan api.

Kerajaan tidak ambil peluang lakukan perubahan ketika darurat - Pakar ekonomi
Darurat tak semestinya buruk jika pihak pemerintah ada pakar yang baik.

Tolak isteri jatuh kondominium, tukang masak dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Daneesh Xavier, 34, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Sarawak tubuhkan Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 (SCOVAG)
SCOVAG berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak mengenai vaksin COVID-19.

Enam positif COVID-19 selepas lengkapkan vaksin di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengesahkan enam individu yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia negeri, dijangkiti COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin.

PRU15 | Kerjasama Muda dan Warisan
Khabar angin mengenai gabungan warisan dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semakin jelas. Perkara itu disahkan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menyifatkan adalah penting untuk Warisan dan Muda mewujudkan satu landasan yang memungkinkan pemimpin pelapis dapat dilahirkan. Bagi mengulas mengenai perkara itu bersedia di talian Penyelidik Geopes Ums, Dr Romzi Ationg.

Undi18: Jabatan Peguam Negara bantah permohonan semakan kehakiman
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, bantahan itu dibuat atas alasan permohonan itu adalah pramatang selain remeh.

Impak darurat kepada ekonomi
Bersama ditalian Skype, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Perkeso, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari.

Kes COVID-19 di Malaysia meningkat 45 peratus - Menteri Kesihatan
Dr Adham berkata berbanding minggu ke-14 tahun ini, purata kes pada minggu ke-15 sebanyak 1,963 kes.

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

Empat institusi perbankan Islam terlibat dalam projek rintis Skim CAKNA
Sebanyak empat institusi bank terlibat dalam projek rintis Skim CAKNA yang merupakan kemudahan pembiayaan untuk syarikat yang memperoleh kontrak kerajaan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan.

Kenyataan akhbar Mohamed Apandi pada 2016 timbulkan keraguan ke atas integritinya
Carta aliran yang dipegang Mohamed Apandi jelas menunjukkan dana daripada SRC International memasuki akaun Najib bukan sumbangan derma Arab.

1MDB: Polis sahkan ambil keterangan Datuk Tawfiq Ayman
Datuk Tawfiq Ayman dan seorang anaknya merakamkan percakapan di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Prestasi memberangsangkan dorong CBP buka cawangan baru
Pembukaan dua premis CBP stand-alone Ar-Rahnu dan perbankan di Setapak menjadi penanda aras kepada komitmen menyediakan perkhidmatan perbankan yang patuh syariah kepada penduduk di kawasan itu.

Ringgit dibuka tidak berubah pada 4.133 berbanding dolar AS
Pada pukul 9.01 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1330/1380, tidak berubah daripada 4.1330/1370 ketika ditutup Jumaat minggu lepas.

Sindiket along tawar pinjaman baru untuk lunas pinjaman lama, 29 ditahan polis
Sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen atau along akan menawarkan pinjaman baru kepada peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.1275-4.1475 minggu depan
Laporan terkini mengenai kenaikan inflasi di China pada Mac berikutan lonjakan kos komoditi, juga dijangka mempengaruhi prestasi ringgit.