GEORGE TOWN: Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya 13 kawasan yang sering menjadi tumpuan mat rempit dan samseng jalanan menjalankan kegiatan berlumba haram terutama ketika malam minggu atau cuti umum.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata namun pihaknya tidak hanya menumpukan kawasan tersebut sahaja sebaliknya menjalankan Ops Ambang Tahun Baharu 2023 bermula Jumaat hingga 1 Jan ini di seluruh negeri itu bagi mencegah kegiatan lumba haram dan jenayah.
"Selain di kawasan 'hotspot' penugasan operasi turut dijalankan di seluruh negeri bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, ia melibatkan kekuatan anggota dan pegawai polis Kontinjen Pulau Pinang secara keseluruhan seramai 1,081 orang.
Operasi tersebut akan turut dibantu dengan agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain agensi, jadi saya nasihatkan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang merancang untuk berlumba supaya lupakan ia kerana kami akan menjalankan operasi bersepadu besar-besaran bermula esok," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.
Katanya menerusi operasi itu, pihaknya juga akan menjalankan pemeriksaan ke atas kenderataan terutama motosikal-motosikal yang diubah suai dan sebagainya serta tindakan sitaan kenderaan akan dibuat menurut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya pemiliknya didapati mengubah suai kenderaan mereka secara haram.
Fisol berkata pihaknya juga akan menjalankan pemeriksaan di bengkel-bengkel termasuk beroperasi secara haram yang menjalankan kegiatan mengubah suai motosikal terutama melibatkan mat rempit dan samseng jalanan tanpa kebenaran.
"Sejak Januari hingga semalam, pihaknya telah menahan seramai 108 mat rempit dan samseng jalanan di Pulau Pinang dan puluhan bengkel juga telah diperiksa dengan beberapa yang diambil tindakan kerana terlibat dalam mengubah suai motosikal tanpa kebenaran," katanya.
Katanya Op Ambang Tahun Baharu 2023 juga memfokuskan kepada pencegahan jenayah dan operasi tempat parkir haram yang dilakukan di kawasan yang telah dikenal pasti terutama di kawasan tumpuan pelancong bagi memastikan ketenteraman awam terus dijaga.
Menurutnya polis juga menasihatkan pengunjung yang menetap di rumah inap berdekatan dengan kawasan perumahan agar menjaga kelakuan dan tidak membuat bising hingga boleh mencetuskan perbalahan dan menimbulkan suasana tidak selesa kepada penduduk di situ.
''Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kegiatan samseng jalanan bagi memastikan ambang tahun baharu di Pulau Pinang tidak dikotori dengan kegiatan lumba haram dan mereka yang telah melakukan kesalahan akan diambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022
Fisol menunjukkan antara kesalahan motosikal ketika sidang media berhubung operasi sempena ambang tahun baharu 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. -Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Penunggang motosikal terbunuh dilanggar lori berundur secara tiba-tiba
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru.
Murid langgar polis dikenakan bon berkelakuan baik, lesen digantung 5 tahun
Kesalahan dilakukan pada 28 Julai lalu di Kilometer 36 arah Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) ketika pelajar tersebut menunggang motosikal secara melawan arus.
Kanak-kanak 7 tahun maut, motosikal dinaiki bersama ibu bapa dilanggar
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbunuh selepas motosikal dinaiki bersama ibu dan bapanya terabit nahas dengan sebuah kereta di Lebuhraya Bukit Jalil, Jumaat lalu.
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880
Polis Johor menahan dua lelaki dan merampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 dalam pemeriksaan di kawasan Seelong, Senai.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan
Seorang murid lelaki Tahun Satu maut manakala abangnya serta seorang rakan mereka cedera parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah van di Kampung Charok Putih di sini, petang tadi.