Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui dalam kereta yang terjunam ke dalam Sungai Lana Bulu, Megat Dewa, malam semalam adalah Mohd Shukral Hilmi Mohd Fauzi, 37 tahun.
Mangsa adalah anggota tentera yang menetap di Kuarters Angkatan Tentera, Kem Tok Jalai, di Kepala Batas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, setakat ini, pihaknya masih menunggu laporan makmal untuk mengetahui punca kematian mangsa.
Polis juga masih menjalankan siasatan laniut berhubung punca kejadian yang melibatkan kereta Proton Saga FLX itu.
Bagaimanapun, identiti mayat wanita yang berada di sebelah pemandu ketika kejadian, masih belum dikenal pasti.
BACA: Dua maut kereta terjunam dalam sungai
Dalam kejadian pada Ahad malam, polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 8.30 malam mengenai dua mayat yang ditemui dalam sebuah kereta di Sungai Lana Bulu, Megat Dewa.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar dari kereta yang terjunam ke dalam sungai itu dalam operasi lebih bermula jam 10 malam melibatkan anggota bomba, polis dan pertahanan awam.
Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.
Difahamkan, jenazah Mohd Shukral Hilmi yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak itu dituntut oleh keluarganya dan dikebumikan di kampung halamannya di Langgar, hari ini.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 09 2020
Dua mayat ditemukan di dalam kereta yang terjunam di Sungai Megat Dewa pada Ahad malam. - Foto Astro AWANI
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Polis kenal pasti identiti pemandu kereta terjunam dalam sungai
Mangsa adalah anggota tentera yang menetap di Kuarters Angkatan Tentera, Kem Tok Jalai, di Kepala Batas.