awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan waris mayat lelaki ditemukan dalam longkang besar

Bernama
Bernama
09/06/2022
10:52 MYT
Polis kesan waris mayat lelaki ditemukan dalam longkang besar
Pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang disebabkan oleh unsur khianat atau perbuatan jenayah. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang ditemukan meninggal dunia di dalam longkang besar berhampiran pasar pagi, Jalan Papan, Pandamaran, dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mayat lelaki itu dijumpai orang awam pada 7.08 pagi.
"Identiti lelaki itu dikenal pasti berdasarkan kad pengenalan yang berada di dalam poket seluarnya. Mayat berkenaan tidak berbaju, hanya berseluar panjang selain telah kembang dan berbau busuk.
"Pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang disebabkan oleh unsur khianat atau perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Cha berkata mayat itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Klang Selatan di talian 03-3371 9999 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat dalam longkang
#Klang
#waris dicari
#pandamaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan