awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi pelawak Jocelyn Chia - KPN

Bernama
Bernama
13/06/2023
04:58 MYT
Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi pelawak Jocelyn Chia - KPN
Sabtu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan dan perbuatan tidak sensitif pelawak terbabit sebagai biadab. - Foto/Twitter
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata permohonan berkenaan akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, Cheras, di sini hari ini.
Acryl Sani berkata PDRM juga telah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu proses siasatan ke atas akaun media sosial digunakan pelawak wanita berkenaan.
"Selain itu, PDRM juga telah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam video klip berkenaan," katanya.
Sabtu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan dan perbuatan tidak sensitif pelawak terbabit sebagai biadab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jocelyn Chia
#Interpol
#pelawak
#polis Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan