awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Mukah cari waris lelaki maut kes langgar lari

Bernama
Bernama
02/07/2023
10:30 MYT
Polis Mukah cari waris lelaki maut kes langgar lari
Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan pada mangsa yang dianggarkan dalam lingkungan usia 20-an. - Gambar/ PDRM
SIBU: Polis berusaha mengesan waris seorang lelaki tidak dikenali yang maut dalam satu kes langgar lari semasa berjalan kaki di Kilometer 74, Jalan Sibu-Bintulu awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 6.30 pagi dan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian setelah dimaklumkan orang awam, tidak menemui sebarang dokumen pengenalan pada mangsa dianggarkan dalam lingkungan usia 20-an.
"Mangsa yang dipercayai penduduk tempatan cedera parah di bahagian kepala, tidak berbaju hanya memakai seluar panjang warna hitam semasa ditemui. Mayat mangsa kini berada di Hospital Mukah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya polis turut memaklumkan kepada semua ketua rumah panjang berdekatan kawasan kejadian berhubung insiden itu, namun hingga petang ini masih belum dapat mengesan waris mangsa.
Katanya polis juga sedang giat mengesan kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu yang dipercayai bergerak dari arah Bintulu ke Sibu.
Beliau menambah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan agar menghubungi balai polis berhampiran, sementara saksi kejadian boleh menghubungi Insp Mohd Rahmat Jalimin di 011-31627137 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di 084-871222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#polis kesan waris
#polis mukah
#Jalan Sibu-Bintulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan