Polis Pahang sedang menyiasat kesahihan dakwaan kejadian anak kucing dibakar yang dikatakan berlaku di Pahang, selepas klip videonya tular di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan, persatuan penduduk dan komuniti bagi mencari pelaku kejadian itu, jika benar ia terjadi di negeri ini.
Katanya beliau juga telah mengarahkan supaya semua Ketua Polis Daerah di Pahang untuk berhubung dengan persatuan dalam kawasan masing-masing bagi mengenal pasti sekiranya kejadian itu berlaku di Pahang seperti yang didakwa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Penghargaan Tolak Rasuah, Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM, dan Anugerah Integriti PDRM di Briged Tenggara Pusat Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing di sini, semalam.
BACA: Animal Malaysia mohon pihak ada maklumat pelaku bakar kucing guna minyak petrol tampil
Pada Isnin, Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) memuat naik satu klip video berdurasi 45 saat yang memaparkan seekor anak kucing sedang dibakar, dan perbuatan zalim itu dipercayai dirakam sendiri oleh pelakunya.
Persatuan itu menyatakan kejadian dipercayai berlaku di Pahang dan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat terhadap individu yang dipercayai mencurah minyak sebelum mencucuh api pada haiwan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Semua Ketua Polis Daerah diarah berhubung dengan persatuan dalam kawasan masing-masing bagi mengenal pasti sekiranya kejadian itu berlaku di Pahang seperti didakwa.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak dibina di seluruh negara
JSJ Bukit Aman akan menambah sebanyak 19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di seluruh negara bagi menangani kes-kes seksual dan penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita.
Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.
Polis tahan 102 wanita warga asing bekerja jadi GRO
Polis turut merampas antara lain 44 keping lesen perniagaan, 27 pembesar suara, 22 mikrofon, 16 amplifier, 85 botol minuman keras pelbagai jenama, dan wang tunai berjumlah RM12,885 dalam operasi itu.
19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup
Polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003 dengan tertangkapnya suspek terbabit.
Video individu diseksa renjatan elektrik berlaku di luar negara
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video tersebut kerana dikhuatiri ianya mampu mencetuskan kegusaran.
Tonto dalam tindakan PDRM
Tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.
PDRM, ASEANAPOL tingkat risikan buru sindiket penipuan dalam talian di Kemboja
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara bagi mengesan ahli kumpulan sindiket berkenaan.
Hina Nabi Muhammad, polis siasat pemilik akaun FB 'Uthaya Sankar SB'
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Uthaya Sankar SB berhubung hantaran yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW pada 7 April lalu.
Data DNA bantu polis tangkap suspek kes rogol 12 tahun lalu
Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, yang berlaku 12 tahun lepas.
Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir - Polis
Kali terakhir beliau dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir Tommy Thomas.