awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perak lancar Ops Kesan khas cari Acap

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/04/2019
05:26 MYT
Polis Perak lancar Ops Kesan khas cari Acap
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, seramai 170 anggota dan pegawai polis, termasuk dari Bukit Aman dan unit anjing pengesan K9 terlibat dalam operasi tersebut. - Foto Astro AWANI
Polis Perak melancarkan Ops Kesan khas sebagai usaha terbaharu untuk mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu.
Operasi itu diketuai sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, seramai 170 anggota dan pegawai polis, termasuk dari Bukit Aman dan unit anjing pengesan K9 terlibat dalam operasi tersebut.
Menurut beliau, tumpuan akan diberikan kepada 10 kilometer persegi kawasan baru di samping Kampung Jahang dan Bukit Batu Puteh.
“Operasi dibantu oleh agensi penyelamat bomba, pertahanan awan dan (untuk) pencarian ini, kita mencari kawasan (yang) kita rasa belum diliputi dan juga daripada maklumat-maklumat yang kita terima, kita pergi ke kawasan tersebut.
BACA: Kehilangan Mohamad Ashraf tiada unsur khianat - Polis
“Kita mengharapkan, kalau tidak hari ini, mungkin esok ataupun lusa kita boleh mengesan Acap,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ops Kesan di Kampung Pintu Padang, Gopeng pada Sabtu.
Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan perkara-perkara yang tidak benar mengenai kehilangan Mohamad Ashraf.
Menurutnya, ia boleh mengambarkan seolah-olah pasukan penyelamat tidak membuat kerja.
Di samping itu, katanya, ia juga boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Bukit Batu Puteh
#Gopeng
#Gopeng Trail
#Kampung Jahang
#Kampung Pintu Padang
#Mohamad Ashraf Hassan
#Ops Kesan khas
#peserta Gopeng Ultra Trail
#polis perak
#unit anjing pengesan K9
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan