awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam percakapan pemandu sebabkan dua maut

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/11/2021
00:05 MYT
Polis rakam percakapan pemandu sebabkan dua maut
Tiga kereta serta sebuah basikal elektrik dalam nahas yang meragut nyawa seorang murid dan pejalan kaki pada Khamis. - Astro AWANI
SETIU: Polis telah merakam percakapan pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam nahas sehingga menyebabkan seorang murid dan pejalan kaki maut.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Affandi Hussin berkata hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap pemandu yang berusia 36 tahun itu bebas daripada pengaruh dadah.
Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu Ahmad Syahiran Saiful Razali, 13, yang parah dalam nahas itu dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Pada Khamis seorang murid tahun empat dan seorang pejalan kaki maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan tiga buah kereta dan sebuah basikal elektrik.
BACA: Murid sekolah rendah antara dua maut nahas melibatkan empat kenderaan
Dalam kejadian kira-kira kira-kira jam 7.10 malam itu menyebabkan mangsa, Azuka muhamad, 46, dan pembonceng basikal elektrik, Muhammad Adif Danial Azman, 10, maut manakala Ahmad Syahiran Saiful Razali, 13, parah.
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum terlanggar basikal elektrik yang dinaiki dua pelajar itu.
Perodua Myvi terbabit turut melanggar sebuah Proton Wira yang diparkir di bahu jalan sehingga menyebabkan kenderaan itu menggelongsor dan melanggar seorang pejalan kaki sehingga menyebabkan mangsa terpelanting ke atas sebuah kereta jenis Proton Persona yang parkir di bahu jalan.
Jenazah Muhammad Adif Danial dan Azuka selamat dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Putera kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat.
Topic Berkaitan
#Nahas
#pemadu
#polis
#Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan