awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2024
10:30 MYT
Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman
Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ ) Bukit Aman selepas laporan diterima pihaknya pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
Keterangan Fahmi direkodkan di Bukit Aman selepas hadir kira-kira jam 8.15 pagi, pada Khamis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ ) Bukit Aman selepas laporan diterima pihaknya pada Rabu.
"Laporan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataan yang dimuat di Facebook itu.
"Siasatan mengenai karikatur serta kenyataan yang dipercayai dimuat naik untuk mengkritik, menghasut, cuba membangkitkan kebencian dan provokasi terhadap beliau (Musa) serta Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, perkara itu mengundang sensitif berkait isu 3R (raja, kaum dan agama).
Tambah Razarudin, kes ini mengganggu keselamatan dan keharmonian negara.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
Pada Rabu, media melaporkan kenyataan dimuat naik Fahmi di aplikasi X yang mengatakan dia akan bertemu polis di Bukit Aman pada 8 pagi, Khamis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fahmi Reza
#Musa Aman
#Yang Dipertua Negeri Sabah
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan