awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rekod keterangan Guan Eng berhubung kenyataan berbaur hasutan

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2017
10:35 MYT
Polis rekod keterangan Guan Eng berhubung kenyataan berbaur hasutan
Dalam sidang medianya, Guan Eng berkata, kenyataannya hanya bersifat politik dan semata-mata pandangan peribadinya. - Gambar fail
Polis hari ini mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang meminta beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) keluar daripada gabungan itu susulan sokongan BN terhadap Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016.
Dua orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang merakamkan percakapan Guan Eng di tingkat 28 , bangunan Komtar, di sini kira kira jam 11 pagi tadi.
Guan Eng turut ditemani peguamnya, RSN Rayer dan proses mengambil keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarkannya pada 23 November lalu itu mengambil masa hampir 50 minit.
Beliau disiasat mengikut Seksyen 4 ( 1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 3(1)(a), seksyen 3 ( c) dan seksyen 3 (d) akta yang sama.
DAP menentang usul itu kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menolak sama sekali usul yang dibawa oleh Presiden PAS itu.
Dalam sidang medianya, Guan Eng berkata, kenyataannya hanya bersifat politik dan semata-mata pandangan peribadinya.
"Saya hanya berikan pandangan sahaja tentang status perlembagaan. Kenyataan ini adalah berbincang tentang sama ada ia (hukum hudud) selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Justeru, beliau berpandangan tindakan yang diambil keatasnya itu tidak adil sedangkan ramai lagi pihak lain termasuk MCA yang juga pernah meminta DAP keluar daripada Pakatan Rakyat.
Cadangan meminda Akta 355 Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 yang diusulkan oleh ahli parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat bantahan daripada kalangan pembangkang termasuk parti komponen BN sendiri.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#BN
#DAP
#kenyataan menghasut
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan