IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki dipercayai mengamuk selepas memberhentikan kenderaan di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar petang Ahad.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima laporan daripada pemandu kenderaan yang berada di lokasi kejadian pada kira-kira 7.12 petang.
"Laporan polis dibuat oleh lelaki itu di Ipoh namun siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.
"Suspek dan semua saksi kejadian akan dikesan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di jalan awam.
Terdahulu, tular gambar seorang lelaki berdiri di lorong kanan lebuh raya itu dimuat naik oleh pengguna media sosial yang mendakwa suspek memberhentikan kereta sebelum keluar dan mengamuk sambil memegang rantai emas serta memanjat kereta berdekatan selain menendang kereta pengguna lebuh raya yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima laporan daripada pemandu kenderaan yang berada di lokasi kejadian pada kira-kira 7.12 petang. - Gambar fail/BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
Lelaki amuk, serang anggota polis di PLPGU ditahan
Lelaki amuk, serang anggota polis di PLPGU ditahan
Tukang kebun mengamuk guna sabit depan bangunan Mardi ditahan
Seorang tukang kebun sambilan yang mengamuk dengan menggunakan sebilah sabit di hadapan bangunan kerajaan di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, pada Khamis berjaya ditahan hari ini.
Tak dapat jumpa Pope Francis, lelaki mengamuk pecahkan patung di muzium Vatican
Chiaramonti menempatkan kira-kira 1,000 arca bersejarah, kebanyakannya patung, termasuk potret terkenal Maharaja Rom Augustus.
Polis siasat kejadian lelaki mengamuk di KM253 Lebuhraya Utara Selatan
Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki dipercayai mengamuk selepas memberhentikan kenderaan di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar petang Ahad.
Lelaki mengamuk ada rekod rawatan mental - Polis
Lelaki berkenaan turut mengakui ketika kejadian pada Selasa lepas dia dalam keadaan tertekan dan gagal mengawal diri.
Lelaki tular mengamuk, maki pengguna jalan raya di lampu isyarat
Lelaki berkenaan telah hadir di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada pagi Jumaat bagi membantu siasatan.
Polis kesan pemandu mengamuk selepas nahas 4WD-motosikal
Seorang lelaki yang mendakwa sebagai mangsa membuat laporan polis selepas suspek mengasarinya susulan nahas jalan raya.
Lelaki amuk hayun sabit positif dadah, ada rekod jenayah lampau
Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas lelaki yang berusia lingkungan 61 tahun itu dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan heroin.
Lelaki mengamuk dengan parang mati ditembak
Insiden itu berlaku selepas mangsa cuba menegur suspek dalam keadaan mundar-mandir di hadapan rumahnya.
Lelaki mengamuk dalam keadaan berbogel di pekarangan masjid
Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dalam keadaan berbogel di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.