awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes ugut kumpulan Radja

Bernama
Bernama
12/03/2023
14:43 MYT
Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes ugut kumpulan Radja
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki tempatan yang berusia 37 tahun dan lelaki warga asing berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah terhadap kumpulan muzik dari Indonesia, Radja, di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, petang tadi.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki tempatan yang berusia 37 tahun dan lelaki warga asing berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit bersalah.
"Polis Johor menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian berikutan siasatan masih dijalankan," katanya menerusi kenyataan malam ini.
BACA: Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Noor Azlinda Mohd Khalid di talian 017-2765250.
Terdahulu, media melaporkan kumpulan itu mendakwa menerima ancaman bunuh serta dilemparkan kata-kata kesat selepas mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin di sini, kira-kira 11.15 malam semalam, dipercayai berpunca daripada salah faham antara kumpulan berkenaan dengan pihak penganjur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kumpulan Radja
#polis tahan dua lelaki
#bantu siasatan
#kes ugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan