Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang wanita dalam pantang yang ditemui mati dalam bilik sewa sebuah pangsapuri di Petaling Jaya malam tadi.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Hentian Puduraya pada malam Rabu. Dia yang berasal dari Pulau Pinang itu dipercayai cuba melarikan diri ke utara tanahair.







Dalam kejadian malam tadi, wanita berusia 23 tahun yang yang baru bersalin dua bulan lepas, dijumpai dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta mulutnya disumbat, bersebelahan bayinya.