KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata wanita berusia 39 tahun yang juga pengasuh kanak-kanak itu, ditahan kira-kira 10 malam di rumahnya oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang.
Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada 17 Dis lepas, apabila menyedari terdapat kesan luka pada badan anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu di rumah pengasuh.
"Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Ampang dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan kecederaan lama serta baharu di belakang badan, muka, kedua-dua bahagian lutut dan kaki mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menyewa bilik di rumah wanita terbabit dan mengupahnya menjaga mangsa dengan bayaran RM800 sebulan, ketika dia keluar bekerja.
Beliau berkata semakan mendapati wanita terbabit tiada rekod jenayah lampau dan direman selama tujuh hari sehingga 11 Jan, bagi siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah. - Gambar hiasan
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut
Polis menahan seorang lelaki warga Peru dan merampas 95 kapsul berisi kokain yang disembunyikan di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Mei lepas.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand
Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.
Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.
Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.
Polis tahan dua lelaki tempatan cuba seludup keluar 241 warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Enam warga asing ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran
Polis menahan enam warga asing termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu petang semalam.
Polis tahan seorang lelaki seludup arak lebih RM700,000 di Muar
Seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai melibatkan rampasan bernilai RM737,295.54.