KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil penyanyi rap Caprice dan wanita Indonesia yang dikenali Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Mondy atau nama sebenar Dita Restu Amanda telah dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.
"Bagi melengkapkan lagi siasatan, beberapa orang saksi lain lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Pada Isnin, polis mengesahkan telah menerima satu laporan daripada Ebit Lew berhubung dakwaan fitnah terhadapnya dalam satu program 'podcast' khas bertajuk 'The Mondy Tattoo Inteview'.
Mohd Fairus Jaafar berkata, pengadu yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis pada 2.17 pagi tadi, di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Pendakwah berkenaan mendakwa dirinya difitnah oleh seorang wanita bernama Mondy dalam video yang dimuat naik di media sosial beberapa hari lepas.
Mohd Fairus berkata, siasatan lanjut masih diteruskan pada masa ini melibatkan kes berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Afiezy Azaman
Wed Sep 20 2023
Caprice dan Mondy telah dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Caprice, isteri henti kongsi mengenai anak di laman sosial
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.
Polis telah panggil Caprice, Mondy
Caprice dan Mondy telah dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.
Dituduh bayar Mondy reka cerita, Caprice minta netizen jawab dengan tuhan
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memaklumkan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan itu sehingga kebenaran terbukti.
Ebit Lew buat laporan polis atas fitnah melampau
Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah.
Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini
Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice.
Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini
Perbicaraan kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung kes memuat naik hantaran berbaur fitnah ditetapkan bermula 4 hingga 6 Oktober.
'Ramai ada penyakit hati' - Isteri Caprice selar netizen komen buruk tentang Shuib-Watie
Dalam hantaran yang sama juga, Elis menasihatkan lebih baik berdiam diri sekiranya tiada kata-kata positif untuk diperkatakan.