KUALA LUMPUR: Polis menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights, Selangor, malam tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.
“Satu sidang media akan diadakan berhubung insiden ini,” katanya ringkas.
Difahamkan, dalam kejadian itu, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.
Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis sebelum berlaku insiden berbalas tembakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Polis menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights. - Gambar hiasan
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
Lima penjenayah ditembak mati di Putra Heights terlibat lebih 50 kes samun
Kumpulan itu menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman, selain bertindak ganas termasuk menetak mangsa.
Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights
Kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis.
Tiga pelajar rakam jenayah sendiri semasa samun berkumpulan
Modus operandi yang dilakukan ketiga-tiga suspek adalah dengan memanjat bumbung rumah untuk memecah masuk kediaman warga asing.
Kumpulan penjenayah paling dikehendaki polis Ipoh ‘Geng Jiva’ diberkas
Dengan penahanan suspek, sekurang-kurangnya 24 kes jenayah kekerasan dan 34 kes jenayah harta benda sekitar Ipoh berjaya diselesaikan.
Pasangan warga emas disamun, dipukul dengan kayu
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu turut menyebabkan mangsa, Saedin Abdul Hamid, 77, mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas didakwa cuba melawan sebelum tangan dan kakinya diikat.
Tiga beradik dituduh rompak guna kapak
Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak empat mangsa dengan bersenjatakan kapak di beberapa kedai telefon di sekitar Kota Bharu.
Samun bersenjata: Dua wanita antara empat ditahan - Polis
Kesemua suspek warga tempatan berkenaan masing-masing ditahan di Senawang, Negeri Sembilan dan Putra Perdana, Puchong.
Bekas polis direman samun peniaga sayur RM400
Seorang bekas polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang lelaki di hadapan rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka, 29 April lalu.
Polis buru empat suspek kes samun bersenjata parang
Polis sedang memburu empat suspek kes samun bersenjata di sebuah rumah banglo di Taman Sri Andalas, Klang, pagi semalam.
Polis buru lima suspek kes samun bersenjata parang
Lima sekeluarga diikat tangan dan disumbat mulut, seterusnya rumah digeledah untuk melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit.