awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima tiga laporan berhubung insiden di Batu Caves

Fareez Azman
Fareez Azman
15/02/2020
14:34 MYT
Polis terima tiga laporan berhubung insiden di Batu Caves
Video tular memaparkan pertengkaran diantara anggota Jabatan Imigresen dan beberapa individu di Batu Caves. Foto: Media Sosial
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden pertengkaran di Batu Caves yang melibatkan anggota Jabatan Imigresen pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, siasatan dibuka dibawah Seksyen 186 / 506 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan ugutan jenayah.
Beliau turut memaklumkan, tiga laporan polis telah diterima pihaknya berhubung insiden itu.
Dua daripadanya dibuat oleh pihak Imigresen manakala satu lagi laporan dari peniaga yang berada di perkarangan kuil berkenaan.
"Pihak kami menerima dua laporan polis daripada pihak Imigresen yang dibuat pada jam 2 petang dan 2.15 petang.
"Manakala satu lelaki India berumur 35 tahun selaku peniaga diperkarangan kuil membuat laporan pada jam 2.30 petang dan menafikan menghalang penjawat awam semasa kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
Ketiga-tiga pengadu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Video insiden pertengkaran antara beberapa individu dan pasukan Imigresen itu tular di media sosial sejak Jumaat.
Video berdurasi 58 saat itu, antara lain memaparkan pasukan Imigresen yang menjalankan operasi di kawasan itu didatangi beberapa individu tertentu yang tidak berpuas hati dengan kehadiran mereka sebelum membatalkan operasi berkenaan.
BACA: Tiada rusuhan berlaku di Batu Caves seperti yang ditularkan - Polis
BACA: Insiden Batu Caves: Ada warga asing berniaga, operasi Imigresen pula dihalang - Muhyiddin
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#Imigresen
#IPD Gombak
#Ketua Polis Daerah
#media sosial
#operasi
#peniaga
#penjawat awam
#pertengkaran
#rusuhan
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan