awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
[TERKNI] Kementerian Luar percepat usaha pencarian Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas rangkaian sindiket penipuan, 57 ditahan

Bernama
Bernama
28/11/2025
13:30 MYT
Polis tumpas rangkaian sindiket penipuan, 57 ditahan
Fadil berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menyasarkan mangsa dalam kalangan rakyat di negara ini dan luar negara. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian selepas menyerbu lapan pusat panggilan dan menahan 57 individu termasuk lima warga tempatan dalam beberapa operasi berasingan di sekitar ibu negara bermula 10 hingga 14 Nov lepas.

Ringkasan AI
  • Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian dengan menyerbu lapan pusat panggilan dan menahan 57 individu, termasuk lima warga tempatan, dalam beberapa operasi di sekitar ibu negara.
  • Sindiket tersebut terlibat dalam pelbagai modus operandi termasuk penipuan tawaran kerja tidak wujud dan pelaburan mata wang kripto tidak wujud, serta menyasarkan mangsa dalam dan luar negara.
  • Individu yang ditahan telah didakwa di mahkamah atas kesalahan penipuan dalam talian dan kesalahan berkaitan dokumen perjalanan warga asing, sementara polis akan meneruskan operasi untuk membanteras sindiket penipuan dalam talian sepenuhnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata serbuan yang dilakukan di beberapa kediaman yang dijadikan pusat operasi itu, dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur dengan kerjasama di peringkat daerah dan kontinjen.
"Kesemua yang ditahan termasuk 52 warga asing itu berumur dalam lingkungan 21 hingga 45 tahun.
"Mereka merupakan pekerja sindiket terbabit dan terlibat dalam pelbagai modus operandi termasuk penipuan tawaran kerja tidak wujud serta pelaburan mata wang kripto tidak wujud," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menyasarkan mangsa dalam kalangan rakyat di negara ini dan luar negara.
Menurutnya kesemua tangkapan telah dituduh di mahkamah atas kesalahan Seksyen 1208(2) Kanun Keseksaan kerana bersubahat dalam melakukan kegiatan penipuan dalam talian dan Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan berkenaan dokumen perjalanan warga asing.
Beliau berkata polis akan terus mempergiat operasi berkaitan bagi memastikan sindiket penipuan dalam talian dapat dibanteras sepenuhnya.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.
"Sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#penipuan dalam talian
#pelaburan
#modus operandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan