KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran ganja yang diseludup dari negara jiran hingga 100 kilogram (kg) seminggu menggunakan perkhidmatan kurier dengan penahanan lapan individu pada Khamis lepas dan semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara termasuk dalam bentuk kek 'brownie' dan pesanan dihantar kepada pelanggan menggunakan syarikat kurier tempatan.
"Sindiket juga menggunakan beberapa perkhidmatan keldai dadah untuk menghantar dadah itu ke syarikat kurier bagi penghantaran termasuk ke Sabah dan Sarawak.
"Siasatan mendapati sindiket itu menggunakan aplikasi Telegram untuk membuat pesanan ganja antara 30kg hingga 100kg seminggu pada harga antara RM800 hingga RM1,000 sekilogram bergantung kepada gred daripada pembekal di negara jiran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi sindiket terbabit dibongkar oleh orang awam yang membawa kepada penahanan enam lelaki dan dua wanita itu dalam enam serbuan secara berasingan di sekitar ibu negara serta rampasan 94.8kg ganja dianggarkan bernilai RM293,830.
Rusdi berkata siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak dua tahun lepas dan menyewa kondominium mewah yang dikawal pengawal keselamatan sebagai tempat memproses dan menyimpan dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Menerusi kesemua serbuan, polis turut merampas beberapa peket makanan arnab dan percaya antara modus operandi sindiket itu antaranya mengirim dadah dalam bungkusan makanan arnab bagi mengaburi syarikat kurier dan pihak berkuasa.
"Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 42 tahun itu tiada pekerjaan tetap dan menjadikan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama," katanya sambil menambah polis sedang mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas.
Menurut Rusdi polis turut merampas wang tunai RM34,000, sebuah motosikal serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.
Lima daripada individu terbabit, katanya direman hingga 29 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala tiga lagi dibebaskan kerana polis tidak berjaya membuat permohonan reman terhadap mereka.
Beliau berkata semakan mendapati tiga daripada suspek yang direman mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah manakala dua lagi positif terhadap ganja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Rusdi berkata siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak dua tahun lepas dan menyewa kondominium mewah yang dikawal pengawal keselamatan sebagai tempat memproses dan menyimpan dadah. - Bernama
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.
Jenayah penipuan pekerjaan antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Jenayah penipuan pekerjaan akan menjadi salah satu daripada 10 agenda utama yang akan diberi penekanan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Polis tahan enam lelaki warga China disyaki terlibat pelaburan tidak wujud
Polis menahan enam lelaki warga China selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian tidak wujud, menerusi serbuan di sekitar Seremban 2 di sini, dua hari lepas.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Op Tiris: KPDN sita 6,000 liter minyak diesel bersubsidi
Sebanyak 6,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel yang ditemui di dalam tangki IBC dan skidtank telah disita.