Malaysia dan United Kingdom memiliki potensi besar menjalin kerjasama dua hala yang lebih erat dalam bidang keselamatan terutamanya soal pencegahan aktiviti jenayah rentas sempadan dan kegiatan cegah keganasan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara ini, kata Timbalan Perdana Menteri disepakati pada pertemuan beliau dengan Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom, Theresa May di sini pada Selasa.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengadakan pertemuan sulung dengan rakan sejawatannya dari United Kingdom itu, dalam lawatan empat hari ke negara itu sejak Ahad.
Bercakap pada sidang media bersama wartawan Malaysia di hari ketiga lawatannya di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata perkembangan terbaru itu membuka ruang kepada pengukuhan beberapa perjanjian sedia ada antara Malaysia dan United Kingdom dalam bidang keselamatan.
Ahmad Zahid berkata antara lainnya Malaysia berminat untuk belajar dari pengalaman United Kingdom dalam pengurusan National Tracking Border Centre (NBTC) dan program polis komuniti di Manchester bagi menangani ancaman kumpulan pengganas.
"Pada perbincangan dengan May saya telah kemukakan beberapa cadangan termasuk cadangan menghantar pegawai-pegawai polis Malaysia untuk menjalani latihan di sini dalam bidang-bidang yang kita masih baru atau kita masih perlu kemaskinikan kemahiran dalam bidang keselamatan," katanya.
Program latihan itu, yang akan dimulakan sesuai dengan jadual latihan oleh pihak United Kingdom, membabitkan soal pengendalian aset-aset pemantauan maklumat terutamnya sistem komunikasi siber yang digunakan penjenayah rentas sempadan dan kumpulan daesh.
Pada pertemuan itu Ahmad Zahid telah secara rasmi mengundang May untuk membentangkan kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Mengenai Radikalisasi dan Keganasan Melampau yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 25 dan 26 Januari tahun depan.
Persidangan antarabangsa itu melibatkan penyertaan kesemua 10 negara Asean serta beberapa negara lain yang diundang termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
Sebelum mengadakan pertemuan dengan May, Ahmad Zahid dan rombongan delegasi telah melawat NBTC di Manchester bagi meninjau secara lebih dekat pengurusan dan pengendalian sistem saringan dan analisis data bagi penumpang yang masuk ke UK melalui jalan udara.
Beliau dan rombongan juga melawat Ibu Pejabat Polis Greater Manchester meninjau program polis komuniti menangani aktiviti jenayah keganasan.
Bernama
Wed Nov 11 2015
AHMAD ZAHID: Perkembangan terbaru itu membuka ruang kepada pengukuhan beberapa perjanjian sedia ada antara Malaysia dan United Kingdom dalam bidang keselamatan. - Foto BERNAMA
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Kemboja rai ulang tahun keputeraan ke-71 raja dengan persembahan bunga api
Persembahan bunga api yang memukau itu berlangsung kira-kira 20 minit dan letupan warna-warninya menarik perhatian orang ramai.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah treler
Lelaki itu dibawa ke hospital selepas ditembak di dada semasa proses tangkapan dilakukan.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Kerajaan cadang Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Beliau berkata, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Strategi Singapura sesuai diadaptasi di Malaysia untuk pulihara keadaan pokok - Pakar
Usaha konservasi pokok warisan menerusi Heritage Tree Scheme yang dilaksanakan Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) boleh dijadikan contoh.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah lori
Seorang suspek perampas lori telah ditahan pada malam isnin selepas dikejar polis dalam keadaan berbahaya melalui beberapa jalan di lima, ibu negara peru.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Peralihan teraju kepimpinan Singapura malam ini
Upacara angkat sumpah perdana menteri keempat Singapura itu akan berlangsung pada 8 malam ini di Istana.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Zahid nafi tawar individu jawatan Setiausaha Agung parti pada Pemilihan UMNO 2018
Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.