Industri permainan digital, yang dilihat mempunyai potensi besar sebagai pekerjaan lumayan pada masa depan, bakal dipromosikan dengan bermula di peringkat sekolah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang yang boleh direbut di dalam industri itu.
"Selama ini, permainan digital dilihat sebagai bentuk hiburan dan permainan semata-mata, namun ia sebenarnya boleh menjana ekonomi negara dan memberi peluang pekerjaan yang cukup besar pada masa depan.
"MDEC akan menyelaraskan untuk memberi penerangan di sekolah-sekolah tentang kerjaya dalam bidang ini terutamanya sebagai pembangun dan pencipta permainan digital... ini adalah peluang besar untuk Malaysia melibatkan diri," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan rasmi ke Level Up Inc, sebuah inkubator permainan elit bagi menyokong industri permainan digital di Malaysia.
Salleh berkata pasaran industri permainan digital amat besar di peringkat dunia yang boleh direbut oleh anak-anak muda tempatan.
"Anak muda di negara ini mempunyai kebolehan besar dalam bidang permainan digital yang boleh dibanggakan, malah ada yang telah berjaya di peringkat antarabangsa dengan mencipta permainan digital terkenal.
"Mereka sangat kreatif dan punya kualiti kerja setaraf dengan mereka yang terlibat dalam permainan digital di negara lain... maka, kita akan terus bantu memberi sokongan agar industri ini akan terus berkembang lebih pesat," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan membantu mengenal pasti platform sesuai untuk memasarkan hasil-hasil ciptaan pembangun permainan digital tempatan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood berkata perbadanan itu berjaya mewujudkan sebanyak 54 syarikat permainan digital tempatan yang dipelopori golongan belia, sejak tiga tahun lepas.
"Dalam tempoh itu, mereka sudah berjaya menjana pendapatan lebih dari RM500 juta... kita harap kerajaan akan terus memberikan bantuan supaya mereka dapat menggunakan bakat untuk dikomersilkan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
"Kita kena tengok bidang permainan digital ini sebagai kerjaya masa depan, kita tidak boleh fokus hanya kepada pekerjaan tradisional semata-mata kerana pekerjaan masa depan akan memberi pulangan yang cukup lumayan buat anak muda dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2018
Salleh berkata pasaran industri permainan digital amat besar di peringkat dunia yang boleh direbut oleh anak-anak muda tempatan. -Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.
Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.
'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'
Anuar berkata, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan digital di sekolah.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
Jurang digital dirapatkan dengan CONNECTme, inisiatif e-dagang dan telekesihatan – MEASAT
Teknologi satelit telah digunakan untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai infrastruktur ketersambungan asas.
Lebih 3,000 usahawan desa dilatih menerusi program pendigitalan
6,000 produk usahawan desa dimasukkan ke dalam rekod sistem dagang kementerian bagi meningkatkan pendapatan melalui pemasaran dalam talian.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.