awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Chempaka: Ahmad Fathan harap dapat galas tanggungjawab dengan baik

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/03/2015
00:11 MYT
PRK Chempaka: Ahmad Fathan harap dapat galas tanggungjawab dengan baik
Ahmad Fathan (dua dari kanan) berharap beliau dapat jalankan tugas dengan baik untuk rakyat. - Foto Bernama
Bendahari PAS kawasan Pengkalan Chepa Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka apabila berjaya menewaskan empat calon Bebas dengan majoriti 10,090 undi pada PIlihan Raya Kecil berkenaan.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengurus PRK DUN Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris sebentar tadi.
Ahmad Fathan memperoleh 10,899 undi mengatasi calon bebas Sharif Mahmod yang mendapat 807 undi; Fadzilah Hussein (89 undi), Izat Bukhari Ismail Bukhari (21 undi); dan Aslah Mamat (27 undi).
"Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, doakan saya dapat menjalankan tugas sebaik mungkin untuk rakyat. Terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya dan kepada penyokong dan pengundi yang memberi undi kepada PAS.
"Saya seterusnya perlu berbincang dengan pucuk pimpinan dan pusat khidmat parti untuk memulakan tugas ini," kata Ahmad Fathan yang tidak menjangka mendapat kemenangan dengan majoriti besar.
Majoriti yang diperoleh Ahmad Fathan meningkat berbanding yang diperoleh bekas penyandangnya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum lalu iaitu 6,500 undi.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu ketika ditemui wartawan selepas keputusan PRK DUN tersebut diumumkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), berkata dia sudah menjangkakan keputusan itu dengan majoriti yang besar.
Namun katanya, PRK Chempaka dilihat tidak mencabar kerana hanya disertai calon Bebas.
“Majoriti baik tapi kita hanya lawan dengan Bebas, iaitu bukan lawan sebenarnya. Sokongan kita memang tidak berkurangan tetapi BN tak bertanding maka kita tidak dapat ukur,” ujarnya.
Kata Mohamed, kemenangan itu juga menunjukkan sokongan berterusan pengundi kepada PAS walaupun setelah ketiadaan Nik Abdul Aziz.
"PAS bersyukur kerana mendapat majoriti yang lebih besar," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kemenangan itu sebagai kejayaan besar bagi parti tersebut.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fathan Mahmood
#Chempaka
#PAS
#PRK
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan