Pengundi Permatang Pauh diminta menamatkan segera sumpahan pemerintahan PKR di kawasan berkenaan dengan dengan memilih calon yang benar-benar rapat di hati rakyat dan membawa ramuan pembangunan kepada masa depan penduduk di kawasan itu.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kawasan itu yang selama ini dibelenggu kemunduran harus dikejutkan dengan pembangunan yang seharusnya sudah lama mereka kecapi di bawah jagaan Barisan Nasional (BN).
"Walaupun keputusan tidak memihak kepada UMNO selama ini di sana, ia bukan tanda putus asa untuk membawa penduduk di sana satu anjakan kepada kemajuan sama seperti bahagian lain yang dijaga BN.
"Statistik majoriti undi kekalahan UMNO di Parlimen itu selama ini juga bukan alasan untuk mengenepikan hasrat dan harapan penduduk di sana yang mahu rasa benar-benar disayangi oleh seorang wakil rakyat yang berkhidmat untuk rakyat.
"Puteri UMNO tahu 'sumpahan' itu sebenarnya boleh ditamatkan dengan individu yang benar-benar rapat di hati rakyat dan membawa ramuan rahsia pembangunan kepada masa depan penduduk Permatang Pauh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: PRK P.Pauh: Cari wakil rakyat pandai buat 'roti canai terbang'
BACA: PRK P.Pauh: Pengundi India tidak pernah lupa pengkhianatan Anwar - Periasamy
BACA: PRK P. Pauh: Guna kekuatan sendiri untuk rampas Permatang Pauh - Reezal
PRK Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.
Empat calon berkenaan ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62 (PKR); calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 (Parti Rakyat Malaysia).
Kata Mas Ermieyati, pengundi juga perlu faham pergolakan dalaman Pakatan Rakyat yang tidak menjamin keluarga 'Tahaluf siyasi' mereka untuk terus bahagia sehingga ke akhirnya.
"Pergaduhan yang melanda terutama dalam isu hudud yang dibawa PAS pasti membawa satu penolakan total dari DAP. Harus diingat juga Pulau Pinang adalah kubu kuat DAP.
"Ia menjadikan PKR seolah-olah tersepit di Permatang Pauh, sama ada hendak memilih DAP atau PAS sebagai 'tag team' yang harus dijulang dan diraikan sepanjang minggu kempen di sana.
"Pastinya PKR mahu memilih DAP sebagai pasangan kerana kepentingan masa depan politik mereka di negeri itu," ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilaporkan menafikan dakwaan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim bahawa UMNO memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan.
Kata Mas Ermieyati, ia satu tuduhan yang tidak berasas selain umum harus sedar pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.
"Kita juga mengecam tindakan sedemikian jika ada selain mahu pertandingan sihat lagi adil untuk menentukan Permatang Pauh milik siapa esok," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, PRK kali ini bukan masa UMNO menilai kemenangan parti dengan kekurangan majoriti kekalahan sekali gus menjadikannya alasan kekalahan yang tidak boleh diterima umum.
"Ini masanya BN membuktikan Permatang Pauh bukan lagi milik legasi keluarga Anwar," jelasnya.
PRK itu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Astro Awani
Wed May 06 2015
MAS ERMIEYATI: Tamatkan segera 'sumpahan' pemerintahan PKR. -Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.