awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pulai: Sakit tulang belakang tak halang jadi pengundi pertama

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/09/2023
01:50 MYT
PRK Pulai: Sakit tulang belakang tak halang jadi pengundi pertama
Sarjan Mejar Harudin Md Sari (kiri) dan Koperal Mohd Fakrul Nizam menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi pada Selasa. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini berjalan lancar termasuk di Pusat Mengundi Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.
Walaupun ada dalam kalangan segelintir mereka berdepan masalah kesihatan tetapi ia tidak menghalang individu terbabit menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
Bagi Sarjan Mejar Harudin Md Sari, 49, dia tetap bersemangat menjadi pengundi pertama walaupun menghadapi masalah sakit tulang belakang sejak 2014.
“Saya ada masalah kesihatan, slipped disc yang sangat teruk.
“Walaupun tak sihat, semangat, alhamdulillah. Saya rasa ini agak meriah sebab semua tertumpu di kawasan Pulai,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi awal, di sini pada Selasa.
Sementara itu, Koperal Mohd Fakrul Nizam, 38, selesai mengundi sekitar jam 8.15 pagi sejurus habis bertugas.
“Alhamdulillah semua berjalan lancar.
“Kalau ikut perasaan itu sama saja (sebab) ia tanggungjawab. Cuma soal perjalanan mengundi, alhamdulillah tiada sebarang masalah,” ujarnya yang sudah bertugas sejak 2007.
Seramai 927 pemilih pegawai polis dan anggota akan menunaikan tanggungjawab di dua pusat pengundian iaitu di Dewan Nusantara, Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua melibatkan seramai 881 pengundi awal, manakala 46 orang di Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas.
Antara anggota yang menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi pada Selasa. - Astro AWANI
Antara anggota yang menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi pada Selasa. - Astro AWANI
Kedua-dua pusat mengundi awal itu dibuka serentak pada pukul 8 pagi, namun tempoh masa mengundi di Balai Polis Kempas adalah hingga 12 tengah hari.
Manakala, pusat mengundi awal di markas PPM Wilayah Dua ditutup pada pukul 5 petang.
Setakat pukul 9 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi ialah 16 peratus.
Bagi Parlimen Pulai, saingan melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar; serta calon Bebas, Samsudin Mohd Fauzi.
Sementara, kerusi DUN Simpang Jeram juga melibatkan saingan tiga penjuru antara calon PH, Nazri Abdul Rahman; calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya; serta calon Bebas, S Jeganathan.
Topic Berkaitan
#PRK
#undi awal
#pengundi
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan