Sejak lapan hari berkempen, Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram nampaknya ‘sayang’ sungguh dengan pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beliau.

Mana tidaknya, ke mana-mana sahaja beliau berkempen, pas itu sentiasa tergantung di badannya.

Malah, situasi itu berbeza dengan calon lain yang bertanding terutama dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sepanjang lapan hari kempen PRK DUN Rantau, Dr. Streram dan jentera parti rancak melakukan kunjungan mesra ke kawasan tumpuan pengundi seperti pasar, perumahan, kawasan rekreasi, premis perniagaan dan sebagainya.

Ke mana-mana sahaja Dr. S. Streram berkempen, pas SPR sentiasa tergantung di badannya. - Foto Astro AWANI/RAHIMAH ABDULLAH

BACA: Saya tidak tahu siapa 'Bossku' - Streram

BACA: Streram berjanji akan selesai isu perumahan rakyat di Rantau

Ke mana-mana sahaja Dr. S. Streram berkempen, pas SPR sentiasa tergantung di badannya. - Foto Astro AWANI/RAHIMAH ABDULLAH
Walaupun dianggap sebagai calon ‘underdog’ bagi sesetengah pihak, beliau tetap meneruskan agenda Pakatan Harapan dalam nak membawa perubahan dan pembangunan kepada pengundi Rantau.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Dr. Streram dilarang memasuki pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas SPR.

Situasi itu menyebabkan Bekas menteri besar Negeri Sembilan, yang juga calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan memenangi kerusi berkenaan tanpa bertanding.