awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
Syarikat AS Ocean Infinity sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sg Limau, calon berhasrat bantu masyarakat setempat

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2013
23:30 MYT
PRK Sg Limau, calon berhasrat bantu masyarakat setempat
Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Profesor Dr Ahmad Sohaimi Lazim berhasrat mahu menjadi penghubung kepada masyarakat di situ.
Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau memberitahu ingin menjadi agen yang menghubungkan masyarakat dengan kerajaan negeri serta ahli Parlimen.
Ditanya mengenai isu yang akan diketengahkan dalam PRK tersebut, Sohaimi berkata antara isu yang menjadi fokus ialah isu setempat iaitu berkaitan ekonomi penduduk di situ.
Selain itu beliau turut berhasrat untuk membanti masyarakat Sungai Limau meningkatkan pendapatan mereka.
Sementara itu calon PAS Mohd Azam Samat pula mahu kerajaan mengkaji serta menaikan harga subsidi padi.
“Kalau kita nak pastikan rakyat kita hidup bahagia, rakyat kita selesa, rakyat kita tak kesempitan… subsidi padi itu harus ditingkatkan dan diberikan keutamaan terutama pada masyarakat di luar Bandar,” katanya.
Kedua-dua calon ditemubual dalam rancangan Agenda AWANI.
Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.
Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Tan Sri Azizan Razak, yang merupakan penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 1995.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Ahmad Sohaimi Lazim
#BN
#Mohd Azam Samat
#PAS
#PRK
#Sungai Limau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan