awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 72,554 pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR

Bernama
Bernama
08/08/2023
12:38 MYT
PRN: 72,554 pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR
Anggota polis menunggu giliran untuk mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata di Kedah, jumlah peratusan keluar mengundi adalah 96.02, Terengganu (95.91), Selangor (95.87), Pulau Pinang (95.01), Negeri Sembilan (94.05) dan Kelantan (93.90).
Sementara itu, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, seramai 1,286 orang pengundi atau 95.47 peratus anggota tentera dan pasangan serta polis telah mengundi awal.
"SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.
"Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR," katanya.
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta PRK Kuala Terengganu dijalankan serentak iaitu pada 12 Ogos manakala pengundian awal berlangsung hari ini bermula 8 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undi awal
#PRN enam negeri
#anggota polis
#tentera
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan