SUDAH tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Jurulatih Kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohamad Ridhwan Mat Zain berkata, biarpun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) sudah memainkan peranan mereka, namun ia belum mencukupi.
Beliau berkata, penglibatan lebih aktif dan mantap perlu disepadu melibatkan semua persatuan Muay Thai negeri yang bernaung di bawah Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM).
“KBS dan MSN wajar memainkan peranan untuk memaksimumkan kegiatan persatuan Muay Thai negeri. Ada persatuan negeri yang aktif dan ada sebaliknya. Jika semua memainkan peranan pada tahap maksimum pasti ramai lagi juara dapat kita lahirkan.
“Buat masa ini apa yang saya tahu kebanyakan latihan di kelab-kelab dan bukan di bawah persatuan negeri.
“Banyak bakat baharu yang lahir adalah dari kelab-kelab persendirian dan tidak mengikut saluran yang tepat sehingga kemajuan petinju itu terbantut dan kian tenggelam. Sepatutnya bakat mereka boleh diketengahkan lagi,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.
Atlet Muay Thai negara, Mohd Rifdean Masdor melakar sensasi apabila menumpaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Thailand bulan lalu.
Kemenangan menakjubkan itu diraih dalam masa 1 minit 18 saat pada pusingan pertama pada aksi ONE Championship di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.
Mohamad Ridhwan juga percaya masih ada lagi bakat terpendam yang menunggu masa untuk 'meletup' kerana mereka bukan sahaja mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri, tetapi memiliki 'roh'.
“Sebagai bukti ramai jaguh kita telah menempa nama di luar negara.
"Kejutan ini adalah baru sebahagian sahaja, sebab ramai lagi saya tengok bakat baharu yang amat berpotensi. Ia bukan sekadar ada bakat, tapi ada 'jiwa,” katanya.
Justeru beliau berharap pemegang taruh dengan kerjasama PMM dan kelab-kelab Muay Thai dapat berganding bahu untuk lebih proaktif memantapkan sukan tersebut.
“Jika pihak berwajib dapat memperkasa dan membangunkan Muay Thai daripada pelbagai sudut termasuk pencarian bakat, aspek latihan dan pemberian insentif, saya percaya kita mampu menjadi negara yang digeruni di pentas dunia dalam sukan Muay Thai," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 24 2024
Mohd Rifdean melakar sensasi apabila menumpaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Thailand bulan lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Kes pukul, ugutan jenayah: AJK tertinggi persekutuan Muay Thai profesional direman
Seorang ahli jawatankuasa tertinggi Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP) direman selama dua hari mulai hari ini di Mahkamah Majistret, pada Isnin.
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
Muslim Ahmad raih kemenangan 'TKO' dalam perlawanan sulung
BEKAS pertahanan skuad kebangsaan, Muslim Ahmad, menampilkan semangat perwira apabila melakar kemenangan pertama dalam pertembungan Muay Thai semalam.
Johan 'Jojo Ghazali 'win' di gelanggang, hati rakyat Malaysia
NAMA petarung muda negara, Johan 'Jojo' Ghazali semakin meniti di bibir rakyat Malaysia selepas mencatatkan prestasi membanggakan dalam arena sukan Muay Thai antarabangsa.
Hanya 36 saat, Johan Ghazali tumpaskan Edgar Tabares
Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumpaskan Edgar Tabares dalam penampilan sulungnya pada aksi Primtime US, ONE Championship sebentar tadi.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.
KBS digesa iktiraf Muay Thai sebagai sukan utama
Katanya, sokongan dan bantuan diterima atlet Muay Thai tidak sehebat pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa.
Hanya 16 saat, Jojo tumbang lawan dengan pukulan K.O. di ONE Championship
Peserta Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat untuk keputusan KO terhadap Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.