awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produktiviti buruh Malaysia naik 5.5 peratus pada suku kedua 2022 - Perangkaan

Bernama
Bernama
18/08/2022
10:20 MYT
Produktiviti buruh Malaysia naik 5.5 peratus pada suku kedua 2022 - Perangkaan
Produktiviti Buruh Suku Kedua 2022 yang dikeluarkan oleh DOSM hari menunjukkan pekerja meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada 15.7 juta orang. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Produktiviti buruh Malaysia seperti yang diukur dengan nilai ditambah per pekerja pada suku kedua tahun ini meningkat 5.5 peratus kepada RM23,332 per pekerja berbanding RM23,124 per pekerja pada suku sebelumnya.
Mengikut laporan Produktiviti Buruh Suku Kedua 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, pekerja meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada 15.7 juta orang.
"Produktiviti buruh dari segi nilai ditambah per jam bekerja meningkat 1.3 peratus tahun ke tahun, manakala jumlah jam bekerja menokok 7.5 peratus kepada 8.9 bilion jam.
"Ini seiring dengan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 8.9 peratus berbanding lima peratus pada suku sebelum ini," menurut laporan itu.
Mengikut aktiviti ekonomi, sektor yang mencatatkan pertumbuhan positif bagi produktiviti buruh per pekerja pada suku itu adalah perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan dengan masing-masing meningkat 7.5 peratus, empat peratus dan 2.9 peratus.
Hanya sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak empat peratus dari segi produktiviti buruh per jam bekerja, manakala semua sektor meraih peningkatan jumlah jam bekerja.
"Sementara itu, peningkatan bilangan bekerja terutamanya berlaku dalam sektor pembuatan, perkhidmatan serta perlombongan dan pengkuarian, masing-masing pada 4.9 peratus, 4.2 peratus dan 1.8 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Produktiviti buruh Malaysia
#DoSM
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan