KUALA NERUS: Program pemindahan ilmu ternakan kelulut komuniti anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menjana pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan kepada peserta.
Ketua Projek Prof Dr Shamsul Bahri Abd Razak berkata UMT melalui Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut (SIG) telah mengendalikan program ternakan kelulut di empat lokasi di dua negeri secara berkelompok bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat terutama di luar bandar.
Beliau berkata lokasi terbabit ialah di Sedili dan Parit Sulong, Johor serta Kampung Pengkalan Gelap dan Kampung Gemuruh, Terengganu.
"Sebanyak 120 peserta terlibat dalam projek yang bermula pada 2018 itu. Di Sedili dan Kampung Pengkalan Gelap pesertanya terdiri daripada nelayan, manakala di Kampung Gemuruh fokus diberi kepada golongan asnaf yang tinggal di sekitar masjid yang menjadi pusat ternakan kelulut.
"Di Parit Sulong pula projek ini agak istimewa kerana melibatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ibu tunggal yang kita pilih berdasarkan kriteria tertentu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Shamsul Bahri yang juga pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT berkata selain projek ternakan kelulut, komuniti SIG juga aktif dalam menganjurkan kembara, seminar dan bengkel berkaitan lebah kelulut di dalam dan luar negara termasuk di India, Indonesia dan Brazil.
Menurutnya kejayaan projek ternakan kelulut UMT telah menarik minat rakan universiti lain untuk berkolaborasi dan membangunkan projek sama di negara mereka.
"Kali terakhir kita adakan bengkel ialah di India yang melibatkan peserta dari Sri Padmavathi Mahila University sebuah universiti wanita di Tirupati. Peserta terdiri daripada wakil komuniti, kakitangan dan mahasiswa.
"Program itu juga sebahagian daripada program payung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Women and ICT Frontier Initiative (WIFI)," katanya.
Dalam pada itu, seorang peserta projek ternakan kelulut UMT Sedili, Noraini Othman, 53, berkata hasil jualan perusahaan produk madu kelulut yang mencecah RM1,500 sebulan berjaya mengubah taraf ekonomi keluarganya.
Justeru, beliau amat bersyukur dan berharap projek tersebut dapat diperluaskan ke lebih banyak lokasi bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan B40.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
UMT melalui Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut (SIG) telah mengendalikan program ternakan kelulut di empat lokasi di dua negeri secara berkelompok. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Daging penyu boleh menjadi punca penyakit kronik - Pensyarah
Penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.
Penggabungan UMT-UniSZA tidak diteruskan - Menteri Pengajian Tinggi
Rancangan penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak akan diteruskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
UniSZA dan UMT mulai positif, fahami hasrat penggabungan
Pihak pengurusan tertinggi kedua-dua universiti itu sudah mula mendapat gambaran mengenai model universiti baharu yang akan terhasil melalui proses penggabungan itu.