KUALA LUMPUR: Laluan Rel Pantai Timur- Projek Pemecut Ekonomi (ECRL-EAP) dijangka meningkatkan aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perdagangan dan pembanguan perindustrian, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
ECRL-EAP ialah projek infrastruktur yang bermula pada April 2019 dengan kerjasama MIDA dan China Communications Construction Company (CCCC).
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Menurutnya, memandangkan projek itu adalah yang terbesar pernah dilaksanakan di sepanjang penjajaran Pantai Timur ia merupakan satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh syarikat.
"Bidang yang boleh diteroka dengan lebih lanjut -- sebagai pemboleh EAP -- adalah pembinaan (produk dan perkhidmatan); tenaga boleh baharu, produk dan perkhidmatan kemampanan; pendidikan dan pusat latihan; perkhidmatan utiliti seperti pengurusan sisa buangan dan penyelidikan dan pembangunan.
"Ini akan mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan baharu di setiap EAP," kata agensi itu kepada Bernama.
MIDA juga berkata kejayaan pelaksanaan ECRL memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan, termasuk kerajaan tempatan, pemain utama pengangkutan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), institusi kewangan dan masyarakat tempatan.
"MIDA teruja untuk menyokong perniagaan yang mengintai pelaburan ECRL-EAP. Ini akan meningkatkan daya tarikan projek untuk pelabur. Usaha ini penting dalam mengekalkan kelebihan berbanding inisiatif saingan lain seperti cadangan projek Jambatan Kra Land Thailand.
"Kami menyeru lebih banyak syarikat untuk bergabung tenaga dengan kerajaan melalui MIDA, memperkasakan inisiatif inovatif ini," katanya.
MIDA juga akan mempromosikan program berkaitan dengan ECRL-EAP di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Agensi itu juga telah memulakan libat urus dengan pihak berkepentingan utama termasuk kerajaan tempatan, persatuan industri, pengurus dan pemaju taman, GLIC dan amanah pelaburan hartanah untuk meningkatkan kesedaran tentang EAP dan menjangkau khalayak yang lebih luas dalam kalangan bakal pelabur.
"Penyertaan daripada semua pihak berkepentingan adalah sangat penting.Isu seperti cabaran alam sekitar, seperti banjir, infrastruktur, kesediaan utiliti, sekatan pengezonan dan pengkategorian tanah, telah dikenal pasti.
"Untuk menangani cabaran ini, MIDA sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama seperti penyedia utiliti, kerajaan negeri, persatuan dan pemaju, dan pihak berkepentingan utama lain untuk memastikan isu itu ditangani dan persekitaran pemboleh disediakan bagi pembangunan dan pelaburan di sepanjang laluan," katanya.
MIDA, melalui platform penyelarasan pelaburan domestik (DICP), yang terletak di bawah bahagian pelaburan domestik, memainkan peranan dalam menghubungkan pelabur dengan pembiaya.
Menurut agensi itu, DICP memudahkan libat urus secara langsung antara pelabur dan pembiaya, membolehkan mereka membincangkan mengenai pilihan pembiayaan, terma rundingan, dan menimbang perjanjian pembiayaan alternatif.
ECRL yang menelan kos RM50.27 bilion itu kini sedang dalam pembinaan dan akan menghubungkan bandar pantai timur Kota Bharu di Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor di pantai barat .Ia dijangka memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan di sepanjang laluannya.
Projek yang disasarkan siap pada Disember 2026 dan mula beroperasi pada Januari 2027 itu bakal membawa perubahan kepada Malaysia, menghubungkan negara ini dengan rangkaian kereta api Pan-Asia dan meningkatkan kesalinghubungan dengan rantau ASEAN dan Eurasia.
Selain itu, ia juga dijangka membantu meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 3.8 peratus pada 2047 menerusi peningkatan perdagangan dan pelancongan selain merangsang pembangunan serantau.
ECRL-EAP dijangka menjana RM1.4 trilion untuk ekonomi Malaysia menjelang 2047 dengan tumpuan pada taman perindustrian, hab logistik dan pembangunan berorientasikan transit (TOD).
"Inisiatif strategik ini bertujuan meningkatkan ketersambungan dan aktiviti ekonomi di sepanjang laluan ECRL dan memastikan pertumbuhan inklusif di semua negeri yang mengambil bahagian. EAP berusaha untuk menangani jurang pendapatan dan kekayaan dengan memupuk agenda kemakmuran bersama," kata MIDA.
Setakat Februari 2024, projek itu sudah 62.4 peratus siap dengan penjajajaran setiap negeri mencatatkan kemajuan kukuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (tiga, kiri) bergambar ketika hadir pada satu seminar mengenai ECRL-Projek Pemecut Ekonomi di Kuala Lumpur, 8 Mac 2024. - Gambar fail/BERNAMA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
MIDA lantik Sikh Shamsul Ibrahim sebagai CEO baharu
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melantik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 18 April, 2024.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia atasi Thailand, China daripada segi persekitaran pelaburan
Malaysia atasi Thailand, China daripada segi persekitaran pelaburan
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
MITI-MIDA rancang kerjasama dengan institusi China rancakkan pelaburan dua hala
Tengku Zafrul berkata ia bertujuan mengukuhkan aliran pelaburan selain menggalakkan syarikat China meneroka peluang di Malaysia.
Lebih 85 peratus projek perkilangan dilulus telah dilaksanakan - Tengku Zafrul
Lebih 85 peratus projek perkilangan yang diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2023 telah dilaksanakan setakat ini yang diterajui oleh MITI dan MIDA.
Melaka raih pelaburan diluluskan RM4.77 bilion pada suku ketiga 2023
Melaka berjaya meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM4.77 bilion dalam suku ketiga 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.