PONTIAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah diberi perhatian serius supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sudah selesai pada pertengahan tahun ini dan akan dibuka pada bila-bila masa sahaja.
Beliau berkata pergerakan projek itu di Sabah pula agak lambat kerana terdapat beberapa isu tempatan serta masalah teknikal.
"Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dijangka selesai dengan penganugerahan tender pada suku pertama tahun depan.
"Justeru, saya akan pastikan projek prasanana untuk rakyat Sabah (termasuk) yang membabitkan Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu akan dipercepat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Hibrid Baharu Nanas Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Stesen MARDI di sini hari ini.
Ahmad berkata KKR juga akan memastikan pelaksanaan setiap projek pembangunan akan dipercepat sebagaimana yang diharapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata Perdana Menteri sudah memberi peringatan kepada semua kementerian termasuk KKR dan berharap pelaksanaan projek pembangunan rakyat yang disenarai akan dipercepat.
"Dengan perkataan lain, beliau ingin saya membantu mempercepat pelaksanaan projek pembangunan yang melibatkan KKR," katanya.
Pada 7 Dis lepas, Anwar meminta agar pembangunan kemudahan rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuhraya Pan Borneo dipercepat tanpa sebarang alasan lagi.
Ini kerana terdapat projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di negeri itu tertangguh antaranya Empangan Hidroelektrik Ulu Padas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Ahmad (tengah) hadir pada Majlis Pelancaran Hibrid Baharu Nanas Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Stesen MARDI di Pontian hari ini. - Foto Bernama
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Projek Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah pasangan diraja permata hati rakyat
Bagi rakyat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah umpama "ayah dan ibu" yang sentiasa menyantuni rakyat tanpa ikatan protokol.
Kembara Kenali Borneo tonjol kemuliaan peribadi sebenar individu - Agong
Kembara Kenali Borneo membuatkan Al-Sultan Abdullah menginsafi hakikat bahawa kemuliaan peribadi seseorang bukan diukur daripada harta, wang ringgit, pangkat mahupun darjat.
Empat pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah disiapkan tahun lepas - Hajiji
Beliau berkata, terdapat 35 PK dalam projek Fasa 1 dan daripada angka itu 11 PK masih lagi dalam pembinaan.
Projek Lebuhraya Pan Borneo diberi perhatian serius supaya siap ikut jadual - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah diberi perhatian serius supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo: Satu proses pembelajaran - Abang Johari
Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo telah menjadi sebagai satu proses pembelajaran untuk kerajaan Sarawak dalam merancang pembangunan infrastruktur lain di negeri itu.
Hutang kerajaan diunjur 64 peratus daripada KDNK, biaya projek pembangunan RMK12
Hutang Kerajaan Persekutuan diunjur sekitar 64 peratus daripada KDNK pada akhir 2024 terutamanya bagi membiayai projek pembangunan strategik di bawah RMK12.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah lebih perlahan berbanding Sarawak - PM
Perdana Menteri meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berperanan untuk memastikan projek pembinaan tersebut berjalan dengan lancar.
Kerajaan yakin Lebuhraya Pan Borneo siap segera, berkualiti - Fadillah
Ia pembawa perubahan yang bukan sahaja memudahkan perjalanan tetapi dapat memberi keselesaan, keselamatan dan mengembangkan ekonomi rakyat.