JOHOR BAHRU: UMNO Johor masih mengharapkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), meskipun Ahli Parlimen Pekan itu sedang menghadapi beberapa perbicaraan berhubung rasuah di mahkamah.
Timbalan Ketua UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas Perdana Menteri itu dilihat masih mempunyai pengaruh dalam kalangan rakyat, selain menjadi aset kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Kata Nur Jazlan lagi, kelebihan itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya menjelang PRU15.
“Secara efektif sekarang Datuk Seri Najib tak dapat bertanding PRU15 kerana keputusan Mahkamah Rayuan. Jadi saya masih berharap agar beliau, walaupun mungkin tidak dapat mengambil bahagian dalam PRU tapi beliau akan terus membantu parti daripada belakang.
“Ini kerana beliau masih ada pengaruh yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia, dan kita di parti pun sayangkan beliau, dan mahu beliau untuk meneruskan khidmat pada parti, walaupun didapati bersalah,” katanya lagi.
Nur Jazlan berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Perling, Johor.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mengekalkan Najib di dalam parti tidak bererti ia akan mencalar imej parti, selain menyifatkan kes perbicaraan 1MDB hanya berbaur politik.
Terdahulu pada Rabu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri membabitkan kes dana RM42 juta milik SRC International Sendirian Berhad.
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata, status parti Pas yang dilihat seperti bayang-bayang, disifatkan tidak layak untuk menentukan hala tuju UMNO, apatah lagi mendesak parti itu untuk bergerak bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Tegasnya lagi, Pas seharusnya lebih relevan dalam melihat sendiri parti mana yang lebih dominan, sebelum mendesak pihak lain untuk menurut permintaan mereka.
"Tapi kalau mereka tidak mahu terima dan mereka nak meninggalkan Muafakat Nasional kerana Bersatu, (lebih baik) kita putuskan sahajalah hubungan tu. UMNO Bahagian Pulai pun akan mengusulkan untuk putus hubungan dengan Pas dalam MN.
“Kerana satu kita rasa tak perlu. Dan keduanya, Pas pun tak jujur. Dan ketiga, selepas PRN Melaka Pas terbukti mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan apabila semua calon mereka tewas," tegasnya lagi.
Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi hantaran Facebook berkata, UMNO dan Pas tidak akan mencapai perpaduan bangsa dan agama tanpa penglibatan Bersatu.
Selain itu Abdul Hadi berkata, Melayu dan Islam bukan sahaja melibatkan parti UMNO dan Pas, malahan Bersatu juga merupakan parti yang besar dalam kancah politik negara.
BACA: Muafakat UMNO, Pas tidak lengkap tanpa Bersatu - Abdul Hadi
Astro Awani
Sat Dec 11 2021
Nur Jazlan berkata, bekas Perdana Menteri itu dilihat masih mempunyai pengaruh kuat, selain menjadi aset kepada UMNO dan BN. - Foto BERNAMA
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd
Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.
Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.
Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu
Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.
Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.