KUALA LUMPUR: Tindakan 12 anggota Jemaah Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tidak menyokong pembubaran Parlimen adalah berdasarkan keputusan parti.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu juga sama dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengikut keputusan parti untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini.
"Saya sudah pun menghantar dan tandatangan (surat), itu mengikut parti.
“Keputusan parti (PN) tidak mahu mengadakan pilihan raya dan Perdana Menteri selalu mengatakan “he is the party man.” Saya menghormati cara dia menjawab dan sebagai orang parti, kita mewakili parti.
"Saya sebagai orang parti pun kena (ikut) kehendak parti. Kalau parti kata tidak sesuai (diadakan PRU) sekarang, saya pun ikut sama (menyatakan) tidak sesuai," kata Hamzah dalam sidang akhbar selepas menerima taklimat bencana seluruh negara di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam bahawa
keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mengulas lanjut, Menteri Dalam Negeri itu berkata, adalah menjadi perkara biasa bagi mana-mana wakil parti untuk menghantar surat kepada sesiapa sahaja.
"Saya faham keadaan ini pun boleh berlaku sebab kita dah bincang dalam Kabinet bahawa ada kadang-kala kita terpaksa memikirkan tanggungjawab kita sebagai mewakili sesebuah parti.
"Mereka tiada pilihan sama juga dengan kedudukan Perdana Menteri sebab dia tiada pilihan apabila parti meminta melakukan sesuatu (pembubaran Parlimen)," katanya lagi.
Ditanya apakah ada keperluan untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat jika berlaku banjir teruk, Hamzah menjawab: "Itu soalan yang saya tak sepatutnya jawab."
Dalam masa sama, penyandang kerusi Parlimen Larut itu berkata, walaupun berbeza dari segi pendirian parti, mereka masih 'berkawan' sebagai satu Jemaah Kabinet.
"Kita masih lagi membincangkan perkara yang perlu dibincangkan dalam Kabinet.
"Kami semua kawan dan kita sudah cukup matang serta faham dengan keputusan masing-masing," ujarnya lagi.
Sementara itu, Hamzah turut memberi bayangan bahawa beliau akan bertanding di Larut pada PRU15 nanti.
Bagaimanapun, mengenai pembahagian kerusi dalam Bersatu, kata beliau, masih dibincangkan melibatkan parti komponen PN.
"Jika kamu tanya saya, saya tahu (di mana kerusi yang akan ditandingi). Tetapi jika kamu bertanyakan yang lain, saya rasa kita masih dalam perbincangan dengan parti komponen.
"Semalam pun kita ada perbincangan kerana kita dalam menghadapi PRU, satu perkara ia kita perlu memastikan pemimpin-pemimpin semua komponen parti boleh menang di kawasan-kawasan yang mereka dicalonkan.
"Sebab itu kita perlu bertukar dari segi kedudukan kerusi, yang dulunya mungkin dimenangi oleh Bersatu, mungkin kali ini Pas perlukannya, begitulah sebaliknya," katanya lagi.
PN diwakili oleh Bersatu, Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) serta Parti Progresif Sabah (SAPP).
Hasimi Muhamad
Wed Oct 12 2022
Tindakan 12 anggota Jemaah Menteri daripada Perikatan Nasional menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tidak menyokong pembubaran Parlimen adalah berdasarkan keputusan parti, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.