LABUAN: Parti Bangsa Malaysia (PBM) Labuan tidak menolak kemungkinan memberi sokongan dan kerjasama kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Ketua penaja PBM Labuan Raynie Datuk Mohd Din berkata hasrat untuk memberi sokongan dan kerjasama ini ada dibincangkan antara kepimpinan dalaman parti namun akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan dalam masa terdekat.
"Kami tidak menolak kemungkinan akan memberi sokongan kepada BN dalam PRU15 ini dan ia telah dibincangkan.
"Saya yakin presiden parti akan membuat pengumuman berhubung hasrat ini sama ada sebelum atau selepas penamaan calon," katanya kepada Bernama hari ini.
Raynie berkata sokongan dan kerjasama ini adalah selari dengan perjuangan parti dalam memartabatkan bangsa Malaysia bersama BN, sekali gus mewujudkan kerajaan yang lebih stabil dan harmoni.
Katanya pada awalnya pucuk pimpinan PBM berhasrat untuk bertanding di kebanyakan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Labuan namun terpaksa ditangguhkan disebabkan PBM tidak mahu pertembungan calonnya dengan calon BN.
"Memang benar parti telah bersetuju untuk meletakkan calon di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN termasuk Labuan, memandangkan ada kesepakatan untuk bekerjasama dengan BN dalam PRU15 ini, maka hasrat PBM Labuan bertanding harus ditangguhkan," katanya.
Pada Ogos lalu, bakal Presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin berkata telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi PRU15.
Pada Jun lepas, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN sedia menerima mana-mana parti politik yang ingin bersama parti itu ketika beliau menjelaskan berhubung desas-desus PBM akan menyertai BN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Hasrat PBM Labuan untuk memberi sokongan dan kerjasama ini ada dibincangkan antara kepimpinan dalaman parti namun akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan dalam masa terdekat.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.
Zuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS
Zuraida mendakwa pemecatan itu tidak sah dan percaya RoS sebagai responden mendaftarkan beliau sebagai Presiden PBM selepas menerima surat pada 27 Oktober tahun lalu.
Tahun penuh kejutan, ini rentetan peristiwa menarik sepanjang 2022!
Untuk sampai ke penghujung 2022, kejutan demi kejutan terjadi sepanjang tahun ini yang menyaksikan beberapa peristiwa menarik berlaku.
Zuraida, 12 lagi ahli berhadapan dengan lembaga disiplin PBM - Laporan
Larry Sgn berkata beliau hairan dengan tindakan Zuraida, sedangkan bekas MP Ampang itu sendiri tandatangani surat sokongan.
PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi
Penetapkan untuk menarik balik penggantungan keahlian serta mengembalikan jawatan dua ahli AMT berkenaan telah dipersetujui jawatankuasa disiplin parti.
Annuar dedah Zuraida sertai Muafakat Nasional
Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).
PRU15: Santhara Kumar pertahan kerusi Segamat atas tiket PBM
Perkara itu diumumkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PBM yang diadakan di Ampang pada Khamis.
Kemelut PBM: Sng gantung jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida
Sng berkata keputusan itu dibuat selaras dengan perlembagaan parti Fasal 60 (iii).
Larry dakwa masih Presiden PBM, gantung tugas dua Ahli Majlis Tertinggi
Larry menegaskan, keputusan dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti bertarikh 7 Oktober 2022 yang telah dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden parti.
PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertahankan enam kerusi parlimen yang disandang oleh ahli parlimen parti itu sebelum ini pada PRU15.