TANJONG KARANG: UMNO Selangor menerusi Barisan Nasional (BN) yakin mampu menang dalam persaingan tiga penjuru menentang Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (PN) di negeri tersebut, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata walaupun Selangor memberi cabaran kepada parti itu untuk mencapai kemenangan memandangkan jumlah pengundinya yang ramai, namun beliau yakin UMNO menerusi BN dapat memenangi lebih kerusi berbanding yang dimenangi parti itu pada PRU14.
"Saya tidak perlu umumlah (berapa kerusi dijangka menang), tapi lebih daripada PRU14," katanya kepada media pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang di sini, hari ini.
Noh juga meluahkan rasa kecewa dengan keputusan Pas untuk menguburkan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN), sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan PN.
"Bayangkan kalau kami boleh bersama, saya yakin kekuatan kami kuat. Kami sentiasa mahukan penyatuan ummah, tetapi apa yang berlaku memaksa kami untuk bergerak solo," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan Khamis, telah membuat ketetapan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU15.
Keputusan Pas itu sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan oleh UMNO, iaitu parti ter-sebut perlu meninggalkan Ber-satu jika mereka mahu kekal bekerjasama dalam MN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
NOH: Saya tidak perlu umumlah (berapa kerusi dijangka menang), tapi lebih daripada PRU14. - Gambar fail/BERNAMA
Tular video Ronaldo sebut Bismillah sebelum ambil sepakan percuma
Ronaldo meledak dua gol dalam perlawanan terakhir Liga Pro Saudi itu ketika membantu pasukannya menewaskan Al Ittihad 4-2.
Pasangan kembar cipta kenangan manis di pentas Tilawah Kebangsaan
Pertandingan tilawah peringkat kebangsaan merupakan penyertaan kali kelapan bagi Nor Hidayah manakala yang kelima untuk Nor Jannah.
[Data & Statistik] Trend rakyat Malaysia membeli-belah di media sosial
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
Jemaah haji wanita datang haid tidak perlu sedih
Haid adalah anugerah Allah dan tidak menghalang wanita dari mendapat haji mabrur.
AWANI Pagi: Bujang Lapok Kembali Daa
Karya Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, akan kembali menemui peminat, menerusi pementasan naskah teater Bujang Lapok Kembali Daa. Dua tonggak utama naskah ini, Pengarah Teater, Siti Sarah Ahmad Jamil (Mummy Sarah) dan Pengolah Skrip serta Pelakon Utama Mohd Suffian Md Yasan akan berkongsi kisah mereka dalam Awani Pagi 7.30 pagi.
Ballon d'Or bakal jadi milik Jude Bellingham - Michael Owen
Bellingham telah mencipta lebih banyak peluang berbanding pemain lain dalam aksi Liga Juara-juara Eropa (UCL), musim ini.
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Daripada lebih 2,000 sekolah awam negeri Rio Grande do Sul, hampir satu perlima masih ditutup melibatkan kira-kira 185,000 pelajar.
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Tengku Zafrul dilantik Bendahari Badan Perhubungan UMNO Selangor
UMNO Selangor juga umum akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan Malaysia.
PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PRU15: UMNO Selangor yakin mampu menang dalam persaingan tiga penjuru - Noh
UMNO Selangor menerusi Barisan Nasional (BN) yakin mampu menang dalam persaingan tiga penjuru menentang Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (PN) di negeri tersebut, pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
UMNO Selangor serah senarai calon dalam masa terdekat - Noh
UMNO Selangor akan menyerahkan senarai nama calon 22 bahagian parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat.
Najib dipenjara: UMNO Selangor zahir rasa simpati, hormati keputusan mahkamah - Noh
Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor hari ini menzahirkan rasa simpati atas keputusan perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa.
Pelantikan Isham Jalil, nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor - Noh
Pelantikan Isham Jalil sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat sebagai nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor, kata Pengerusi Perhubungannya Tan Sri Noh Omar.
'Ini bukan masanya lobi jadi calon' - Noh
Pemimpin politik terutama di negeri Selangor diingatkan terus bekerja untuk mendekati rakyat dan bukan menawarkan diri menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
UMNO Selangor mahu terus kerjasama dengan Pas, perkukuh MN
UMNO Selangor akan teruskan kerjasama dengan Pas bagi mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.
Selangor mahu Muafakat Nasional diperkukuh di negeri itu - Noh Omar
UMNO Selangor mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas di negeri itu, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).